Perhatian: Blog ini menggunakan bahasa rojak, bahasa pasar. Bahasa alien akan cuba dielakkan.

Tuesday

Congo Bar Part II

Tuesday, April 22, 2014 Posted by Unknown 1 comment
Assalamualaikum, salam sejahtera readers!

Finally! Again congo bar...

Tak susah sebenarnya nak buat congo bar ni. Sediakan bahan, timbang, sukat, campur, gaul, adun sebati goreng dan sedia, eh? Ini lirik lagu cucur adabi. Neva mind.

Lepas tu masuk dalam loyang dan bakar. Simple as ABC. Tak payah guna mixer pun tak apa cuma tangan lenguh sikitlah.

First time buat congo bar, kejadiannya tak berapa nak memuaskan hati sendiri tapi memuaskan hati cik bin (tong sampah). Boleh tengok entri yang lepas kat sini.

Kali kedua buat, Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. Langkah pertama mungkin anda terjatuh tapi langkah kedua anda akan lebih berhati-hati supaya tak jatuh lagi.


Bahan tambahan selain cip coklat ialah kismis yang dibelah dua. Kacang-kacang pulak disangai (em... dipanggang?) atas dapur. Macam buat almond london sangai (em... panggang?) kacang badam. Saya hanya guna badam cincang, nibs almond dengan kepingan badam.

Pada pengamatan sayala kan, suhu dan masa yang ditetapkan tu, ikut je. Tak payah kira lain oven lain kepanasan suhunya. Yang ni saya bakar guna suhu 170 darjah celsius macam yang dicadangkan tu tapi masanya tak sampai 30 minit. Lain kali nak buat lagi kena ikut betul-betul suhu 170 darjah celsius selama 30 minit.

Tapi rasa congo bar ni tak sesedap congo bar Mak Teh. :(

Dan saya hanyalah tukang memberi arahan. Tukang buatnya si adik. Dia nak buat sangat, hmm, biar.

Wednesday

Congo Bar

Wednesday, April 09, 2014 Posted by Unknown 2 comments
Assalamualaikum. Hello kau orang!

Semalam, hari yang amat cerah lagi ceria. Malamnya, hati berbunga riang mengenangkan projek membuat congo bar akan dimulakan.

Congo bar, bagi yang tak pernah rasa, akan sentiasa terkenang-kenangkannya bila dapat suapan yang pertama. Sambil puji kesedapannya, sambil tu ngap lagi masuk mulut. Tak caya, cubala test try tengok!

Jadi, proses mengadun, menggaul dan mencampur pun bermula. Sambil menonton cerita Minion kat pc. Pc kita orang letaknya di dapur. Hihihi.

Sambil campur-campur, gaul-gaul, mata ke pc. Ala, sepertinya mak-mak mengopek ikan bilis depan tv. Haaa! Boleh dikatakan ada tiga masalah yang berkaitan dengan projek malam tu.

Pertama, adunan tu rasa macam banyak sebab guna 315 gram tepung dan loyang 13x9. Tapi diteruskan jugak atas sebab tertentu.

Kedua, esen vanila dah habis rupanya. Disebabkan esen badam tak disentuh lagi, cubalah nak rasa macam mana agaknya bila guna esen badam. Baunya dah memang tak sedap dan rasanya pun tak sedap jugaklah. Huhuhu.

Ketiga, suhu membakar 170 darjah celsius. Berdasarkan pembacaan bahawa setiap oven adalah berbeza kepanasannya, suhu yang digunakan semalam 150 sahaja selama lebih kurang 28 minit macam tu.

Bila dah time, keluar je oven bau sedap semacam tapi tak semerbak. Teruja nak rasa, potongla sikit. Bahagian tepi dah masak. Okey. Cantik je tekstur.

Rasa tolak ke tepila. Sakit tekak bila telan. Rasa esen badam terlalu kuat! Salah saya ke masuk 1 sudu teh esen? Saya hanya follow the recipe. Huhuhu.

Jadi, solusinya adalah coklat cair. Dapatla jugak cover rasa esen badam yang terlalu kuat tuh. Next step, potong kecik-kecik. Dan baru perasan bahagian tengah tak masak!

Kuciwa gilos!!! Masuk tong sampah!


Segmen Mini Power Bank Aswan Azmy

Wednesday, April 02, 2014 Posted by Unknown No comments
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua!


Join giveaway lagi. Jyeahhhh!!! Hari tu pun ada join giveaway power bank jugak tapi rasanya keputusan tak announce lagi. Agaknyalah. Ke sebenarnya dah announce tapi tak bernasib baik? Huhuhu. Jap lagilah check.

Kali ni punya giveaway, blogger Aswan Azmy yang buat. Caranya sangat senang. Klik je banner kat atas ni dan dengan automatiknya kau orang telah pun berjaya menang. EH? Hahahaha. Senang cite klik je banner dan kau orang akan terjah ke blog Aswan Azmy.

ALL THE BEST jugak untuk kau orang yang join!!!