Perhatian: Blog ini menggunakan bahasa rojak, bahasa pasar. Bahasa alien akan cuba dielakkan.

Tuesday

I Learn from You

Tuesday, February 25, 2014 Posted by keding arashid , No comments
Assalamualaikum w.b.t.

Tengah pikir apa tu dek non?
Sebenarnya kan, bila tengok kereta ni asyik sakit je kan, tiba-tiba terasa nak belajar pasal kereta. Dalam erti kata lain ambil bidang automotiflah. (ke lokomotif?)

Senang bila kita dapat inspect problem kat kereta, kita sendiri yang tengok-tengokkan, kita sendiri yang belai-belai. Dapat tengok depan mata hari-hari walaupun dia tengah sakit.

Hari tu hantar bengkel pun masalah lain pulak timbul. Uncle tu tak buat shaft betul-betul kot (kata abah). Jadinya, time corner atau nak pusing habis stereng memang akan keluar bunyi. Kalau kereta yang bawa laju 110 km/j tiba-tiba tekan brek nak stop keluar bunyi apa? Haaaa. Bunyi tu la yang menakutkan.

By the way, I learn a lot from this car. Cayang kamuuuu. Mumuah!

Saturday

Brim 3.0 2014. Another short entry.

Saturday, February 22, 2014 Posted by keding arashid No comments
Assalamualaikum w.b.t. Petang.

Kepada yang dah dapat duit brim, tahniah diucapkan. Kepada yang tak dapat tahun ni cuba lagi pada tahun akan datang. Undilah pihak yang terbabit. Kahkah. Hambarnya.

Memang short entry habis ni. Ciao.

Brim 3.0 2014. Short Entry.

Saturday, February 22, 2014 Posted by keding arashid No comments
Assalamualaikum w.b.t. Hai eberiwan.

I promise this would be the short entry and i ain't typing (not speking) in english fully. So it has to be manglish.

Khabarnya brim3.0 dah dikreditkan ke dalam akaun secara berperingkat bermula pada malam 21 Februari. Yang berkeluarga katanya akan menikmati bantuan sebanyak RM1200. Itu manifestonyalah yang diagungkan dulu-dulu. Tapi yang akan dikreditkan hanyalah sebanyak RM650 macam tu.

Jangan ingat orang tua-tua tak ingat manifesto tu. Abah yang dah 50-an masih ingat manifesto tu. Anaknya pulak yang terkejut bila abah bangkitkan pasal RM1200 yang sepatutnya dikreditkan masuk akaun.

Sejak diuar-uarkan berita gembira tu, ada juga yang berduka gamaknya kerana application is REJECTED. Apa yang menyebabkan sesuatu application tu is REJECTED, selain kesalahan masa mengisi? Sampai sekarang ku menunggu ketibaan duit tersebut. Dan kali ni tak pasti abah layak dapat ke tak. Brim lepas tak dapat. I saw his frustrated face.

The short manglish post for today. And Im an eligible bachelor.

Thursday

Lesen Memandu di PMKK, Klang

Thursday, February 20, 2014 Posted by keding arashid , , , , , No comments
Assalamualaikum w.b.t. Kau orang ni, dah ada lesen ke belum?

Sepatutnya kan, lepas SPM terus je pergi pusat memandu buat lesen. Tak kisahlah nak buat lesen motor dulu ke, lesen kereta dulu ke, atau kedua-duanya sekali. Tapi daku dah 20-an baru tergerak hati nak buat lesen. Tu pun nak buat lesen kereta je. Kat Pusat Memandu Kenderaan Klang (PMKK), lesen kereta sahaja RM740. Motor tak nak amek. Adik buat lesen kereta dan motor kena RM1040. Harga ni masa tahun 2013 lah. Harga tahun 2014 sekarang ni tak taula naik ke tak.

Lepas SPM dulu entahlah, tak tau kenapa tak ada orang nak galakkan suruh ambil lesen. Kemungkinan ada, tapi masa tu keras hati. Haha. Tapi rasanya parent pun tak ada cakap apa-apa. Akhirnya, ku mengambil keputusan buat lesen dengan adikku pada bulan Mac tahun 2013.  Dapat lesen P dalam bulan April. Sebulan jugak ah nak dapatkan lesen P ni.

Untuk pengetahuan kau orang, masa tu penuh dengan budak lepasan SPM. Disebabkan badanku kecik, maka, orang takkan syak sebenarnya ada warga tua dalam group tu. Kakakakaka. #bajetmuda. Puiiiii. Kalau dah cukup umur tu, ada duit, baik jangan buang masa, pergila buat lesen tu cepat-cepat dengan kengkawan sebelum harga makin naik. Okeh.

Bila dah daftar dan nak mula belajar memandu dengan cikgu nanti kau orang akan dapat kad beserta kupon belajar macam kat bawah ni. Kakak dengan adik dapat cikgu yang sama; cikgu Basa (sebut Basya). Kalau daftar dengan ejen, mungkin dapat jugak kad ni dan mungkin tak. Tak tahu pulak. Sebab ku daftar terus kat HQ, tak guna ejen.


Kupon belajar dan kad belajar

Bila dah habis belajar dengan cikgu selama 9 jam, tibalah masanya untuk kau orang jalani ujian percubaan sebelum ujian JPJ. Nama ujian tu ujian QTI. Ujian QTI ni lebih kurang macam ujian JPJ tapi untuk bahagian III atau jalan raya, jalan yang akan kau orang lalui lain sikit daripada jalan semasa ujian JPJ. Dan kau orang akan dibahagikan mengikut kumpulan untuk bahagian III nanti semasa ujian QTI dan ujian JPJ. 

Kali pertama ujian QTI, fail!  Sebab fail tu macam ni ceritanya. Masa kat bukit tu tayar depan kereta kena cecah garisan kuning, side mirror kena selari dengan tiang. Bila kita dah betul-betul pasti tayar dah cecah garisan dan cermin pun dah selari dengan tiang, kena pulak tarik handbrake dan angkat tangan kanan supaya pengawas kat tepi kereta tu boleh lepaskan kita untuk turun bukit. 

Bila pengawas dah puas hati, dia tandala kat kertas biru, then, suruh kita turun. Ku dapat gerak ke depan sedikit tapi terundur sikit ke belakang. Dengan tak semena-mena, pengawas terus bagi FAIL! Cikgu yang dah tunggu kat tepi tu pun take over kereta, suruh kita turun. Mau tak malu? 

Tengokla gambar kat bawah ni dia tanda X2. Kalau kau orang terundur sebelum angkat tangan, itu belum kira fail lagi. Ini sebab dah angkat tangan. Dah fail kat bukit, ujian side parking, tiga penjuru dengan jalan raya memang tak payah buat dahla. Berkecamuk jiwa masa tu. Adik pulak lulus ujian QTI tu. Jalan kaki balik rumah tu senyap je. Pasal fail. Haha. 

QTI kali pertama. Huh!
Kali kedua punya ujian ku booked nak buat minggu depannya. Alhamdulillah luluuuuuuuusss jugak. Betapa leganya tahu? Supaya sejarah kegagalan tak berulang lagi, sebelum turun bukit tu ku tekan kasi habis pedal minyak tu sampai asap pun berkepul-kepul keluar. Kakakakaka. Yela, takkan nak fail lagi kot kan. Makin lambatla nak dapat lesen P. Dah lepas bukit baru boleh proceed dengan ujian berikutnya; side parking, tiga penjuru dengan jalan raya.


QTI kali kedua. Yeah!

Ujian bahagian III ni, sepatutnya kena keluar PMKK, lalu jalan raya sebenar. Tapi orang yang dah ditetapkan untuk jadi pengawas untuk groupku tu sempoi je suruh pusing dalam PMKK je. Heaven kan? Hahahaha. Rata-rata member group semua lulus. Dapat minimum marks pun jadilah asal lulus sudah. 

Markah dapat 16/20 je. Markah minimum tu tau. Cermin pandang belakang dah betulkan tapi cermin sisi tak betulkan. Kira tak buatla tu. Ada yang ku buat tapi dia tak perasan. Asyik pandang bawah je. Tak tau apa yang dia pandang. Terus dia pangkah. Yang no 20 tu, memang salah diri sendirila. Pasal guna gear 1 je pusing dalam PMKK tu. Patutnya guna gear 2. Sebab tak tau, jadinya, dari mula sampai tamat gear 1 je la ku guna. Lawak ke guna gear 1? Pasal ada sorang tu kan, dia gelak pulak bila cerita bawak kereta guna gear 1 je. Okey. Sementara nak tunggu tarikh ujian JPJ, adalah eloknya kau orang berlatih lagi dengan cikgu kau orang sampai pandai.


Borang ujian JPJ bahagian II

Untuk ujian JPJ, kena booking kat kaunter. Kalau ada ejen, ejen tu la yang booking kan. Tunjukkan borang QTI yang kau orang banggakan sebab dah lulus tu kat kaunter. Nanti bila nama kau orang dah ada, orang opis akan call bagitau bila dan bolehla check nama kat board. Ada kat area situ. Kalau tak salah, kena bawa gambar pasport sekeping.

Sebelum mula, kau orang kena amek nombor giliran kat dalam satu bilik ni. Nombor based on nama kat board. Kalau hari tu kau orang buat ujian JPJ untuk motor jugak, selain nombor giliran kau orang akan dapat vest hijau sekali. Kemudian, kau orang kena pasang telinga dengar apa yang pegawai JPJ nak bebelkan. Ini antara hidup dengan mati beb. Dengar betul-betul. 

Ditakdirkan, masa tu ramai sangat orang. Bebudak lepasan SPM la paling ramai. Disebabkan ada calon yang pertama kali buat ujian JPJ dan ada calon yang repeat, jadinya, calon yang pertama kali la akan jalan dulu buat bahagian II. Nombor akan dipanggil by group. Contoh, dari nombor 1 sampai 30. Kemudian nombor 30-60. Macam tu lah. 

Kalau tak silap, calon repeat buat ujian bahagian III dulu. Bila calon terakhir yang pertama kali ujian JPJ dah selesai, baru calon repeat buat ujian bahagian II dan vice versa. Untuk ujian JPJ ni, kalau bahagian II tak lulus, bahagian III masih boleh buat lagi. Kalau bahagian II dah tak lulus janganla bagi bahagian III tak lulus jugak. Tak ke sedih nanti nak kena ulang dua-dua? Paham?

Nombor giliran masa tu tak berapa ingat tapi awal jugakla, nombor 17 tak silap. Kalau jadi orang first, rasanya tak lulus tu. Hahaha. Sebab ku fobia dengan angka pertama. Nombor giliran yang kau orang dapat tu kena kelipkan kat tingkap belah kiri, senang pegawai JPJ nak tengok nombor. 

Setiap halangan untuk bahagian II ni ada had masanya tau. Kalau dah practice banyak kali dan dah biasa, masa yang kau orang amek sangat singkat je. Kau orang pun boleh tak caya kejap je kau orang buat setiap halangan tu.

Bukit : 3 minit
Side parking : 5 minit
Tiga penjuru : 3 minit

Bahagian III ku dipermudahkan. Lalu shortcut. Hahaha. Bukan daku yang mintak semua ni tapi pakcik tu yang suruh. Sepatutnya jalan yang dah ditetapkan kena lalu depan sekolah rendah agama. Mungkin dia tengok budak ni bawak elok, tak merbahaya dan probability untuk meragut nyawanya kurang, tu yang pakcik tu suruh melencong masuk jalan shortcut. Siap bagi nasihat lagi. Bagus pakcik ni. Pakcik Kelana bin Ali Hassan. Terima kasih sebab bagi saya markah UP sikit dari markah minimum. XD

Borang ujian JPJ bahagian III
Ku dah lepas ujian JPJ. Memang lega tak ingat dunialah. Tapi adik pulak fail JPJ. Kalau fail QTI tak apa lagi tak payah bayar untuk repeat. Kalau JPJ fail, terbang duit lagila nampaknya. Nak repeat JPJ untuk kereta kena bayar RM150. Ini termasuk kupon belajar dua keping. Maknanya tambah masa belajar lagila. Tu nasib baik JPJ motor dia lulus. Kalau tak double lagi duit melayang.

Habis je ujian, terus jumpa orang kaunter bagi salinan borang supaya dia orang boleh setelkan apa yang patut untuk keluarkan lesen P nanti. Lepas seminggu nak tau dah keluar ke belum lesen P, call dulu PMKK. Kalau dah confirm siap, barulah berlenggang dengan senang hati pergi PMKK amek lesen baru.

Dan dengan lesen P itulah kau orang boleh berseronok-ronok bawak kereta. Mula-mula sopanla kan. Nak hon orang pun malu-malu. Tengokla dua tiga bulan onwards kau orang drive macam mana. Hanya kau orang yang tahu.


Monday

Perempuan dan Kereta

Monday, February 17, 2014 Posted by keding arashid No comments
Assalamualaikum w.b.t. Holla!

Cun ah pompuan ni. Reti pulak tukar tayar. Boleh buat makwe nih.
Pernah tak kau orang ternampak perempuan tukar tayar kereta kat tepi jalan tanpa ada seorang lelaki pun kat situ? Pernah? Wow! Smart ah perempuan tuh. Rasa salute sangat kalau terjumpa depan-depan. Lelaki selalu suka perlekeh, perempuan taunya main bawak je kereta, nak jaganya kalau masa sakit, zero knowledge. Hancusss.

Kalau tak pasal tayar pun, perempuan yang reti sikit-sikit pasal enjin pun orang dah respek. Yela. Bab automotif ni biasanya pass je kat lelaki, hihi, in case kereta break down kat tepi jalan. Jarang ada perempuan yang bergelumang dengan enjin panas, dengan minyak hitam, dengan kotornya lagi. Hade? Hade? Kalau ada pun, emm, mungkin dia tomboy! Huahua. Tak baik menuduh. 

Ini pompuan sangat serius. Shhhh. Jangan kacau kerja dia.
Andaikan, kereta mati enjin kat stesen minyak. Baru lepas pergi toilet ni, dah start enjin, tak hidup-hidup jugak. Tiba-tiba datang seorang perempuan nak tolong. Kalau seseorang perempuan tu tau sikit-sikit pasal komponen kereta, cakapnya berasas, ada sebab yang boleh diyakini, orang yang tak tau apa-apa macam daku ni senang sangat percaya dengan apa yang diterangkan pasal masalah matinya enjin.

Tengoklah kesannya kalau orang tu bercakap dengan ilmu. Mungkin dia tak master sangat tapi bila tengok cara dia inspect bonet kereta tu semacam pro, secara tidak langsungnya kita terset kat minda, "Terer jugak minah ni." Dan kau orang mungkin akan admire perempuan tu. Perempuan tolong perempuan sangat janggal okeh terutama bab-bab mobil nih.

Sebenarnya nak cerita lain, tapi pasal kereta jugak. Alkisahnya, 15 Februari 2014, perjalanan bermula daripada batu gua-gua (Batu Caves) nak balik ke Klang. Dengan jalan jammed kat Damansara. Uish. Memang tercabar kesabaranku. Kat Batu Caves nak bawa balik adik balik rumah. Dia da seminggu lari rumah. :(  :(  :(  :(  :(  Haha. Takdelah. Dia belajar sana, hari minggu kekadang dia balikla rumah. Nak feeling-feeling homesick gitu.

Masa dalam perjalanan nak ke Batu Caves tu dah perasan ada macam tak kena je dengan kereta ni ha. Disebabkan dulu pernah drive tak tengok meter temperature (boleh baca kat sini), kali ni punya drive sikit-sikit jeling meter tengok temperature naik tinggi ke tak. Sebelum ni drive asyik jeling cermin pandang belakang dengan meter minyak je, kali ni tak boleh jadi kena fokus kat temperature jugak.

Dalam perjalanan tu, agak risau bila tengok jarum tu hampir nak ke tanda merah. Maknanya nak masuk paras bahaya dah tu! Patutnya kena stop untuk tengok enjin tu. Mak duduk sebelah, adik lagi sorang duduk belakang. Tak ada sapa yang tau pasal temperature tuh. Hanya daku seorang. Hahahaha. Bukan apa, kang kalau dia orang risau, si drebar akan jadi over risau tau dak? Baik senyap-senyap je. Tapi nak senyap sesorang pun, tak boleh nak tahan jugak. Akhirnya terbagitau jugak masalah tu. Kahkahkah.

Dok doa-doa jelah kereta tak buat hal sebelum sampai Kolej Unikop. Bawak pun selow-melow je. Ini bukan cara gua nih. Cara gua merempit. Hahahahahaha. Hmm. Nasib baik menyebelahi jugak kita orang masa tu. Alhamdulillah. Bila dah stop kereta, ingat nak bagi sejuk dulu enjin tu sementara pergi naik bilik adik. Nak balik rumah kang baru plan nak isi air ke, apa ke,...

Risau........
Dah nak balik Klang baru ku buka bonet tu. Isi air kat tangki. Kat tangki air SAHAJA. Kemudian, cepat-cepat kita orang pecut takut suhu naik lagi. Ahhhh! Harapan je semua tuh. Kerisauan datang lagi yo. Risau no tengok meter suhu ni asyik naik je. Cuaca dahla panas terik yang amat. Kereta pulak nak meragam cecomel. 

Memang slow gila bawa masa tu. Memikirkan kebarangkalian kereta akan terberhenti kat tengah highway, maka, ku mengambil satu langkah bijak untuk berhenti kat stesen minyak Shell yang pertama lepas keluar Kolej Unikop. Bijak tak?

Nak cari tempat teduh dan redup sikit tu memang tak adalah. Kat Malaysia ni pokok kureng. Nak tak nak, kena cari port jugak yang agak sesuai walaupun terpaksa dipanggang cahaya matahari. Tak tau nak buat apa sebenarnya. Jadi, semua duduk diam je buat hal masing-masing.

Agak lama jugak kat situ. Risau lama-lama pun tak guna jugak kalau tak ada apa-apa action. Bila ingat balik cara abang Amy buat dulu tu, abang Amy isi air bukan dalam tangki air je tapi dalam radiator jugak. Ohmaaaiiii. Yang buat tadi isi dalam tangki air je. So, ku gagahkan diri buka bonet.

Mak aih. Berasap kat tangki air! Fulamakkk. Terer gila awek ni drive sampai berasap. Kakakakaka. Sampai ada makcik yang jual goreng-goreng dengan air siap datang jenguk kejap. Tapi tak ada pun bawak buah tangan untuk kita orang. Bukan rezeki kita orang nampaknya.

Nak buka penutup radiator tapi panas lagi. So, kerja kita orang masa tu melepak dalam kereta. Agak-agak dah sejuk, hamek kau, tiga botol besar air mineral yang ada dalam boot habis. Tu pun tak cukup lagi. Kena beli. Nasib baik tu berhenti kat stesen minyak. Tapi kita orang dapat beli botol kecil je. Beli 12 botol. Botol besar habis. Dah setel kat situ, makanya, kita orang meneruskan perjalanan.

Makin pelik pulak daku sebab bila jalan tak sampai 2/3 km suhu naik tinggi gila. Ahhh!!! Terpaksa berhenti lagi. Kali ni port menarik. Bawah jambatan. Redupla sikit kan. Tapi tepi jalan highway. Erkkkkkk. Ni bahaya. Ada lori hon pun bukan mau tolong. Takat hon, tak gentlenya.

Kali ni buka bonet, pun berasap kat tangki air tu. Haaaaiiila. Kena isi lagila ni kat radiator. Lepas tu teruskan lagi perjalanan. Jeling meter tengok suhu tinggi balik, terpaksa berhenti lagi. Yang ni pun bahaya jugak. Sebelah tu ada kerja-kerja construction. Kat highway lagi. Dah terpaksa berhenti, kau orang peduli apa? Tak lama lepas tu datang kereta peronda plus. Ada dua orang datang tolong. Alhamdulillah.

                            

Ok. Sambung. Dia orang pun tolongla apa yang patut. Katanya masalah sebab thermostat. Sebab tu air asyik kering je. Air tak sampai kat thermostat untuk sejukkan enjin. Akibatnya, enjin panaslah sampai membahang dan mungkin boleh menyebabkan letupan (iye ke?).

Lepas pertemuan dengan peronda plus tu, kita orang dengan segera zassss ke exit Bukit Jelutong cari stesen minyak, nak beli air mineral lagi sebagai stok. Risau ni kalau tak ada air. Nak guna air paip kang berkarat pulak komponen dalam kereta tu. Naya daku. Dari belakang, peronda plus dua orang tadi follow. Kira escottla ni. Terharunya. Haha. Nak sampai exit, baru dia orang stop.

Kat Petronas Elite Layby, kita orang berhenti makan, rehat-rehat, shopping-shopping. Shopping makanan ler. Isi balik air dalam radiator tu kasi penuh. Dah rasa macam expert pulak padahal isi air je pun kerjanya. Kakaka. Perasantan.

Kita orang agak lama jugak stop kat situ. Lepas tu, perjalanan pun bermula semula. Kira kita orang balik Klang lalu Bukit Jelutong and ended up kat Meru ikut jalan kampung. Time ni tengok temperature okey la pulak. Mungkin sebab cuaca masa tu tengah redup sekejap. Dah sampai kat mana tah, rasa cuak balik. Paham-paham je la kan. Hehehehehe.

Kali ni, bila stop kat traffic light je rasa berdebar. Takut termati enjin. Ada sekali kat Meru, bila lampu dah hijau, kereta nak gerak tapi termati. Aduh! Terus pasang emergency light. Yela. Takut kang lama pulak kat tengah-tengah jalan raya tu. Baik kasi signal awal-awal. Macam dah sakit sangat dah gayanya. Next traffic light, ku memang tak free kan gearla cuma balancekan clutch dengan minyak. Risau kejadian berulang. Haha.

Lalu kat Jalan Hamzah Alang, dah tak boleh jadi dah ni. Kena cari port bagi kereta rehat. Jalan Meru tu dahla sempit. Bayangkan,... bayangkan, jalan yang kecik, yang ada double line, jammed teruk gara-gara ada kereta tersadai kat tengah jalan tuh. Hah! Bayangkan bayangkan cepat! Tak ke tragis namanya? Pasti akan trauma bawak kereta lepas ni. Tapi benda tu tak berlakula. Selamat selamat. Hehe.

Akhirnya, kita orang jumpa jugak Shell yang kita orang tertunggu-tunggu nak sampai. Signboard kata 3 km. Dan kita orang pun jumpa tapi belah kanan. Ceh! Takpelah. Yang penting kena berhenti. Parkla kereta kat belakang Wira merah. Kat situ rehat lagi. Buat benda yang sama. Makan kejap walaupun tadi dah makan sikit. Bila tengah risau ni kelaparan memang meningkat ye? Dapatla ku capai roti krim adik punya.

Tamak nenek ni. Ku cuma rembat sebungkus roti krim strawberi je.
Sedang berehat-rehat, tiba-tiba, orang kereta Wira merah pun keluar. Lelaki India. Wow! Fasihnya dia cakap Melayu! Dia tanyala kenapa. Siap tanya ada air ke tak. Ah! Concernnya. Sebelum dia pergi, siap bagi botol air lagi. Alahaiiii. Hahahaha. Gua tak cair pun. Ceit. Lepas tu Wira merah pun beredar. Dia tengah sesat tu. Hehehe. Ok. Sebaik saja enjin sejuk, dah isi air semua, ku cuba start enjin. Ohmaiiiii. Tak mau hidup. Dua, tiga, empat kali try tak maunya nak hidup. Gawat nih!

Dari dalam kereta pulak ku nampak ada orang datang dari depan. Tak perasan pulak bila masa kereta tu park situ. Ada dua orang lelaki Melayu datang tolong. Ada lagi orang baik hati nak tolong kan. Huhuhu. Jadi ku borak-borakla dengan mereka berdua. Abang yang sorang ni siap tanya, kereta ni kereta sendiri ke kereta bos? Hahaha. Ku jawab dengan ketawa sebab soalannya berlapik sangat.

Then dia suruhla solat Asar dulu. Lepas solat inshaAllah kereta boleh hidup. Huhu. Ada sedikit unsur kerohanian di situ. Yela, tengok tempatla stop kat mana. Kat stesen minyak gerenti ada surau. Jadi, dengan bonet yang tak bertutup, dia orang tolong jagakan kereta, kita orang menuju ke surau.  Usai je solat, ha, abang-abang tu kata dah boleh hidup. Mungkin kereta tu dah cukup rehat dan bersiap-sedia untuk berbakti kepada tuannya.

Dari Hamzah Alang nak ke rumah tak jauh sangat dah. Adala dalam 3 km macam tu. Petang tu dalam 6.30 tak silap, tak terik sangat. Agak redup. Ini membantu sedikit supaya suhu maintain je sampai rumah. Dan Alhamdulillah, sampai pun kita orang dengan selamatnya tanpa ada termati enjin lagi kat tengah jalan. Hehehe.

Kau orang nampak tak cabarannya kat situ. Berapa kali kita orang stop semata-mata nak isi air dalam radiator tu. Berapa ramai yang tolong sepanjang perjalanan tu? Nak bagi balasan, tak ada apa untuk diberi, hanya doa supaya kebaikan kau orang dinilai sebaiknya dan kau orang mendapat ganjaran daripadaNya. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi membantu daripada segi buah fikiran dan pertolongan fizikal.

This is manual car! But i like.

Sorry terpaksa baca entri yang maha berjela dan kalau ada term kereta yang tak betul boleh perbetulkan. Caranya, sms ke 28528 Haha. Caranya dengan komenlaaa. Okey. Adios. Terima kasih. Awak memang rajin membaca kan?


Saturday

Badan Kurus tapi Kolesterol Tinggi Ya Ampun!

Saturday, February 15, 2014 Posted by keding arashid , , , No comments
Assalamualaikum w.b.t. Hai hai!

27 Januari 2014 lepas ku ada appointment dengan doktor di Klinik Anika, Klang. Sebabnya, 1 Disember tahun lepas ku ada buat medical check up, buat ujian darah. Walaupun badanku keding, jangan ingat penyakit tak ada tau. Bahaya jugak kalau kurus sangat ni.

Google

Sebelum ku buat medical check up tu, dah ada simptom sesak nafas ni. Ada pulak kebas-kebas. Dengan tekanan hidup lagi (kalah pak menteri kau). Takut jugak bila simptom tu menunjukkan tanda sakit jantung. Yelah. Biasa, orang tua-tua yang kena serang pasal dah tua kadar estrogen pun makin kurang.. Tak pun orang obes pasal lelemak berlebihan.

Ku suspect sesak nafas tu pasal banyak sangat makan lemak tepu. Ada hari tu asyik ulang buat kek oren je. Kek marble la. Gaya hidup tak berapa nak sihat dah jelas. Lagi satu ku suspect ku terlalu perah otak sangat memikirkan hala tuju hidup yang terumbang-ambing. Cewah.

Masa appointment tu, pressure, gula, semua okey and good! Tang kolesterol tinggi. 6.1 woooo. Normal cholesterol level 5.2 g/mmol (unit ni agaknya). Tinggi kan? Dah kerjanya consult, doktor mesti suruh amalkan diet sihat, kurangkan makanan bergorengla. Tekanan pun kena handle wisely jugak sepatutnya. Tak pasal-pasal pulak nanti kena jumpa doktor lagi tapi doktor psikiatri pulak. Mintak dijauhkannnn.

Next appointment, doktor kata lepas 6 bulan kena datang balik. Nak tengok kolesterol tu turun ke tak. Yelah dok. Nanti kita jumpa lagi. Bila dah keluar klinik, tengok balik kad klinik tu, doktor tulis next appointment bulan 12. Pulaaak. Hahaha.


Ce tengok. Mana tau mata ku saja yang tersalah interpret.

Kesimpulannya, mencegah lagi baik daripada mengubati. Prevention is a way better than cure. Bai bai!


Wednesday

Giveaway : "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"

Wednesday, February 12, 2014 Posted by keding arashid 3 comments
Assalamualaikum w.b.t. Hello eberiwan. 
Ada giveaway ni by intanberlian. First giveaway for this 2014. Berdebarnyaaa. Kahkah. Baajetaaan.


PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI (",) 

Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)


TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH 

Kalau ada, adala tu. Eh, dah macam ayat tunggu jodoh pulaks.

Kenduri Kahwin Sepupu dan Kereta

Wednesday, February 12, 2014 Posted by keding arashid , , , No comments
=Assalamualaikum w.b.t. Hai hai hai!

Banyak sungguh cuti perayaan kat Malaysia ni. Awal-awal tahun biasalah, cina sambut dulu. Start 31 Januari 2014, dah ramai orang balik kampung. Penuh jalan dengan kereta besar kecik, lori kecik besar, bas besar, motor kecik motor besar. Cina balik kampung, kaum lain pun takkan tengok je kan? Sama-sama bercutilah pecut ke kampung. Padahal orang cina rileks je drive. Kakakakaka.

Plan kita orang satu famili balik kampung sampai ahad je la. Pasal ada sepupu kahwin. Kak Zarina. Jom layan sikit gambar masa hari kejadian tu.






Guna katering tak penat sangat, ye dak? Sesuaila buat katering pun kalau kawasan perumahan tu kurang orang Melayu. Kalau jenis taknak penat ya ampun lepas kenduri elok jugak tempah katerer. Sonang kijo.

Lepas majlis kat rumah perempuan kat Chemor, esoknya pergi rumah opah kat Bukit Gantang. Abang Zack tu tinggal sebelah rumah opah je. Hehehehehehehehe. Agak aman di situ. Agak-agak abang zack tu pernah usha kak zarina tak? Kekekekekekekeke. Ala. Gambar kat rumah mempelai lelaki tak ada pulaks.

Pelannya, lepas kenduri nak terus balik rumah. Masa nak balik utara dah jammed, nak balik Selangor pun jammed jugak. Kebas kakiku menahan clutch dengan brek. Gerak pun sikit-sikit je. Kalau terasa nak terkucil tu, jumpa je RnR atau stesen minyak better stop sekejap. Takutnya nanti nak tunggu next RnR jauh lagi. Nak tunggu next petrol station pulak kang beratur punya panjang. I taknak tanggung kalau U terkucil kat situ masa tengah queue. Hehehehehe. Jam yang sangat teruk!

Jadi, kita orang decided balik rumah adik abah kat Simpang Pulai. Ni bukan kat Johor. Perak pun ada Simpang Pulai jugak. Macam Meru, kat Ipoh ada Meru. Kat Selangor pun ada Meru. Kat Kelantan ada Rantau Panjang, kat Selangor pun ada Rantau Panjang jugak. Dipendekkan cerita, kita orang pun bermalamla semalam kat rumah Mak Cik Siti. Jumpa lagi sepupu-sepupu kecikku. No pictures.

Esoknya, Isnin, nak home sweet home, tiada lagi kesesakan jalannnn. Tapi kenderaan masih lagi berbondong-bondong. Kalau ada congestion pun, pasal ada kereta rosak. Sepanjang perjalanan, yang drivenya si anaklah. Si abah rileks kat sebelah. Selalu kalau si anak bawak, selalu nak drive kat lane paling kanaaaaan jek. Kalau dah penat baru masuk lane tengah atau paling kiri. Nampak tak kerja si anak ni asyik memecut jek. Macam pelesit jalanan. Kakakakakakaka.

Sebenarnya masa tengah drive tu ada dengar jugak bunyi pelik. Tak pernah ku dengar sebelum ni. Jadinya si anak teruskanlah memecut. Lepas tu abah tetiba suruh berhenti kat tepi jalan. Ohmai. Ohmaiiiii. Enjin dah panas sangat! Dah lepas tanda merah, kritikal sangat dah tuh kiranya. Kalau tak ada abah yang tengokkan, meroyanla kat tengah highway dengan kereta mati enjin. Nasib baik masa tu sempat berhenti, dekat pulak tu dengan bus stand. Errrrr. Betul, ni tak tipu, ada bus stand. Tapi macam pelik pulak ada bus stand kat tengah-tengah highway???

Dah masuk ke tepi jalan, enjin tetiba mati sendiri. Fuh!!! Bayangkan kalau termati kat tengah highway? Bahaya tu bahaya! Kita orang senyap sekejap. Padahal dalam hati memasing tengah cuak takut kereta meletup. Hahaha. Ku suggestkan abah bukak bonet. Walawehhhhhhh. Memang berasaplah. Sebenarnya, ku stopped the car bukanlah betul-betul depan bus stand tu. Agak terlajak ke depan sedikit. Abah cadangkan undur sikit biar betul-betul depan bus stand. Mak dengan adik bongsu dah menapak dulu kat bus stand tu.

Abah kat luar dengan adik jadi tukang tolak, ku sebagai reverse driver. Ku kat dalam kereta tu tanya abah nak turun handbrake ke tak tapi abah boleh pulak jawab lain. Hahaha. Rupanya ada orang datang tolong. Tengah cakap dengan orang tu la tu. Terkejut jugak tengok tetiba ada orang baik hati datang tolong. Tengok depan tengok belakang, aik, dari mana orang ni datang? Cuba teka dari mana? Dari langit. Kikikiki. Tak. Orang tu dari seberang jalan, sanggup melintas nak tolong kita orang. Melayu tolong Melayu, apa salahnya.

Rupanya dia mekanik kereta. Dari Bukit Beruntung nak ke Ipoh tak silap. Namanya abang Amy. Tau nama ni pasal abah yang interview dia. Siap mintak nombor tu. Kahkah. Masalahnya air kering je. Dah isi dah semalam tapi kering jugak ni pasal cuaca panas sangatkah? Berbotol-botol kereta tu minum. Haus sangat lettew.

Apa pun, kita orang sangat berterima kasih kepada abang Amy yang bersusah-payah melintas nak tolong kita orang. Ikhlas dia tolong, orang bagi duit pun taknak tapi abah paksa jugak dia ambik. Haha. Nasib kita orang baik sebab 'dihantar' orang Melayu yang sangat concern dengan nasib orang Melayu. Semoga Allah dapat membalasnya.


New chapter

Wednesday, February 12, 2014 Posted by keding arashid No comments


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Harapan semoga blog ni kekal.

*harapan macam sama je ngn blog lepas-lepas.

Hahaha.
Tak kisahlah.
K bai.
Adios.