Perhatian: Blog ini menggunakan bahasa rojak, bahasa pasar. Bahasa alien akan cuba dielakkan.

Wednesday

Kenduri Kahwin Sepupu dan Kereta

Wednesday, February 12, 2014 Posted by Unknown , , , No comments
=Assalamualaikum w.b.t. Hai hai hai!

Banyak sungguh cuti perayaan kat Malaysia ni. Awal-awal tahun biasalah, cina sambut dulu. Start 31 Januari 2014, dah ramai orang balik kampung. Penuh jalan dengan kereta besar kecik, lori kecik besar, bas besar, motor kecik motor besar. Cina balik kampung, kaum lain pun takkan tengok je kan? Sama-sama bercutilah pecut ke kampung. Padahal orang cina rileks je drive. Kakakakaka.

Plan kita orang satu famili balik kampung sampai ahad je la. Pasal ada sepupu kahwin. Kak Zarina. Jom layan sikit gambar masa hari kejadian tu.






Guna katering tak penat sangat, ye dak? Sesuaila buat katering pun kalau kawasan perumahan tu kurang orang Melayu. Kalau jenis taknak penat ya ampun lepas kenduri elok jugak tempah katerer. Sonang kijo.

Lepas majlis kat rumah perempuan kat Chemor, esoknya pergi rumah opah kat Bukit Gantang. Abang Zack tu tinggal sebelah rumah opah je. Hehehehehehehehe. Agak aman di situ. Agak-agak abang zack tu pernah usha kak zarina tak? Kekekekekekekeke. Ala. Gambar kat rumah mempelai lelaki tak ada pulaks.

Pelannya, lepas kenduri nak terus balik rumah. Masa nak balik utara dah jammed, nak balik Selangor pun jammed jugak. Kebas kakiku menahan clutch dengan brek. Gerak pun sikit-sikit je. Kalau terasa nak terkucil tu, jumpa je RnR atau stesen minyak better stop sekejap. Takutnya nanti nak tunggu next RnR jauh lagi. Nak tunggu next petrol station pulak kang beratur punya panjang. I taknak tanggung kalau U terkucil kat situ masa tengah queue. Hehehehehe. Jam yang sangat teruk!

Jadi, kita orang decided balik rumah adik abah kat Simpang Pulai. Ni bukan kat Johor. Perak pun ada Simpang Pulai jugak. Macam Meru, kat Ipoh ada Meru. Kat Selangor pun ada Meru. Kat Kelantan ada Rantau Panjang, kat Selangor pun ada Rantau Panjang jugak. Dipendekkan cerita, kita orang pun bermalamla semalam kat rumah Mak Cik Siti. Jumpa lagi sepupu-sepupu kecikku. No pictures.

Esoknya, Isnin, nak home sweet home, tiada lagi kesesakan jalannnn. Tapi kenderaan masih lagi berbondong-bondong. Kalau ada congestion pun, pasal ada kereta rosak. Sepanjang perjalanan, yang drivenya si anaklah. Si abah rileks kat sebelah. Selalu kalau si anak bawak, selalu nak drive kat lane paling kanaaaaan jek. Kalau dah penat baru masuk lane tengah atau paling kiri. Nampak tak kerja si anak ni asyik memecut jek. Macam pelesit jalanan. Kakakakakakaka.

Sebenarnya masa tengah drive tu ada dengar jugak bunyi pelik. Tak pernah ku dengar sebelum ni. Jadinya si anak teruskanlah memecut. Lepas tu abah tetiba suruh berhenti kat tepi jalan. Ohmai. Ohmaiiiii. Enjin dah panas sangat! Dah lepas tanda merah, kritikal sangat dah tuh kiranya. Kalau tak ada abah yang tengokkan, meroyanla kat tengah highway dengan kereta mati enjin. Nasib baik masa tu sempat berhenti, dekat pulak tu dengan bus stand. Errrrr. Betul, ni tak tipu, ada bus stand. Tapi macam pelik pulak ada bus stand kat tengah-tengah highway???

Dah masuk ke tepi jalan, enjin tetiba mati sendiri. Fuh!!! Bayangkan kalau termati kat tengah highway? Bahaya tu bahaya! Kita orang senyap sekejap. Padahal dalam hati memasing tengah cuak takut kereta meletup. Hahaha. Ku suggestkan abah bukak bonet. Walawehhhhhhh. Memang berasaplah. Sebenarnya, ku stopped the car bukanlah betul-betul depan bus stand tu. Agak terlajak ke depan sedikit. Abah cadangkan undur sikit biar betul-betul depan bus stand. Mak dengan adik bongsu dah menapak dulu kat bus stand tu.

Abah kat luar dengan adik jadi tukang tolak, ku sebagai reverse driver. Ku kat dalam kereta tu tanya abah nak turun handbrake ke tak tapi abah boleh pulak jawab lain. Hahaha. Rupanya ada orang datang tolong. Tengah cakap dengan orang tu la tu. Terkejut jugak tengok tetiba ada orang baik hati datang tolong. Tengok depan tengok belakang, aik, dari mana orang ni datang? Cuba teka dari mana? Dari langit. Kikikiki. Tak. Orang tu dari seberang jalan, sanggup melintas nak tolong kita orang. Melayu tolong Melayu, apa salahnya.

Rupanya dia mekanik kereta. Dari Bukit Beruntung nak ke Ipoh tak silap. Namanya abang Amy. Tau nama ni pasal abah yang interview dia. Siap mintak nombor tu. Kahkah. Masalahnya air kering je. Dah isi dah semalam tapi kering jugak ni pasal cuaca panas sangatkah? Berbotol-botol kereta tu minum. Haus sangat lettew.

Apa pun, kita orang sangat berterima kasih kepada abang Amy yang bersusah-payah melintas nak tolong kita orang. Ikhlas dia tolong, orang bagi duit pun taknak tapi abah paksa jugak dia ambik. Haha. Nasib kita orang baik sebab 'dihantar' orang Melayu yang sangat concern dengan nasib orang Melayu. Semoga Allah dapat membalasnya.


0 comments:

Post a Comment