Assalamualaikum w.b.t. Kau orang ni, dah ada lesen ke belum?
Lepas SPM dulu
entahlah, tak tau kenapa tak ada orang nak galakkan suruh ambil lesen.
Kemungkinan ada, tapi masa tu keras hati. Haha. Tapi rasanya parent pun
tak ada cakap apa-apa. Akhirnya, ku mengambil keputusan buat lesen
dengan adikku pada bulan Mac tahun 2013. Dapat lesen P dalam bulan April. Sebulan jugak ah nak dapatkan lesen P ni.
Untuk pengetahuan kau orang,
masa tu penuh dengan budak lepasan SPM. Disebabkan badanku kecik, maka,
orang takkan syak sebenarnya ada warga tua dalam group tu. Kakakakaka.
#bajetmuda. Puiiiii. Kalau dah cukup umur tu, ada duit, baik jangan buang masa, pergila buat lesen tu cepat-cepat dengan kengkawan sebelum harga makin naik. Okeh.
Bila dah daftar dan nak mula belajar memandu dengan cikgu nanti kau orang akan dapat kad beserta kupon belajar macam kat bawah ni. Kakak dengan adik dapat cikgu yang sama; cikgu Basa (sebut Basya). Kalau daftar dengan ejen, mungkin dapat jugak kad ni dan mungkin tak. Tak tahu pulak. Sebab ku daftar terus kat HQ, tak guna ejen.
Kupon belajar dan kad belajar |
Bila dah habis belajar dengan cikgu selama 9 jam, tibalah masanya untuk kau orang jalani ujian percubaan sebelum ujian JPJ. Nama ujian tu ujian QTI. Ujian QTI ni lebih kurang macam ujian JPJ tapi untuk bahagian III atau jalan raya, jalan yang akan kau orang lalui lain sikit daripada jalan semasa ujian JPJ. Dan kau orang akan dibahagikan mengikut kumpulan untuk bahagian III nanti semasa ujian QTI dan ujian JPJ.
Kali pertama ujian QTI, fail! Sebab fail tu macam ni ceritanya. Masa kat bukit tu tayar depan kereta kena cecah garisan kuning, side mirror kena selari dengan tiang. Bila kita dah betul-betul pasti tayar dah cecah garisan dan cermin pun dah selari dengan tiang, kena pulak tarik handbrake dan angkat tangan kanan supaya pengawas kat tepi kereta tu boleh lepaskan kita untuk turun bukit.
Bila pengawas dah puas hati, dia tandala kat kertas biru, then, suruh kita turun. Ku dapat gerak ke depan sedikit tapi terundur sikit ke belakang. Dengan tak semena-mena, pengawas terus bagi FAIL! Cikgu yang dah tunggu kat tepi tu pun take over kereta, suruh kita turun. Mau tak malu?
Tengokla gambar kat bawah ni dia tanda X2. Kalau kau orang terundur sebelum angkat tangan, itu belum kira fail lagi. Ini sebab dah angkat tangan. Dah fail kat bukit, ujian side parking, tiga penjuru dengan jalan raya memang tak payah buat dahla. Berkecamuk jiwa masa tu. Adik pulak lulus ujian QTI tu. Jalan kaki balik rumah tu senyap je. Pasal fail. Haha.
QTI kali pertama. Huh! |
Kali kedua punya ujian ku booked nak buat minggu depannya. Alhamdulillah luluuuuuuuusss jugak. Betapa leganya tahu? Supaya sejarah kegagalan tak berulang lagi, sebelum turun bukit tu ku tekan kasi habis pedal minyak tu sampai asap pun berkepul-kepul keluar. Kakakakaka. Yela, takkan nak fail lagi kot kan. Makin lambatla nak dapat lesen P. Dah lepas bukit baru boleh proceed dengan ujian berikutnya; side parking, tiga penjuru dengan jalan raya.
QTI kali kedua. Yeah! |
Ujian bahagian III ni, sepatutnya kena keluar PMKK, lalu jalan raya sebenar. Tapi orang yang dah ditetapkan untuk jadi pengawas untuk groupku tu sempoi je suruh pusing dalam PMKK je. Heaven kan? Hahahaha. Rata-rata member group semua lulus. Dapat minimum marks pun jadilah asal lulus sudah.
Markah dapat 16/20 je. Markah minimum tu tau. Cermin pandang belakang dah betulkan tapi cermin sisi tak betulkan. Kira tak buatla tu. Ada yang ku buat tapi dia tak perasan. Asyik pandang bawah je. Tak tau apa yang dia pandang. Terus dia pangkah. Yang no 20 tu, memang salah diri sendirila. Pasal guna gear 1 je pusing dalam PMKK tu. Patutnya guna gear 2. Sebab tak tau, jadinya, dari mula sampai tamat gear 1 je la ku guna. Lawak ke guna gear 1? Pasal ada sorang tu kan, dia gelak pulak bila cerita bawak kereta guna gear 1 je. Okey. Sementara nak tunggu tarikh ujian JPJ, adalah eloknya kau orang berlatih lagi dengan cikgu kau orang sampai pandai.
Borang ujian JPJ bahagian II |
Untuk ujian
JPJ, kena booking kat kaunter. Kalau ada ejen, ejen tu la yang booking
kan. Tunjukkan borang QTI yang kau orang banggakan sebab dah lulus tu
kat kaunter. Nanti bila nama kau orang dah ada, orang opis akan call
bagitau bila dan bolehla check nama kat board. Ada kat area situ. Kalau
tak salah, kena bawa gambar pasport sekeping.
Sebelum
mula, kau orang kena amek nombor giliran kat dalam satu bilik ni.
Nombor based on nama kat board. Kalau hari tu kau orang buat ujian JPJ untuk motor jugak,
selain nombor giliran kau orang akan dapat vest hijau sekali. Kemudian,
kau orang kena pasang telinga dengar apa yang pegawai JPJ nak bebelkan.
Ini antara hidup dengan mati beb. Dengar betul-betul.
Ditakdirkan,
masa tu ramai sangat orang. Bebudak lepasan SPM la paling ramai.
Disebabkan ada calon yang pertama kali buat ujian JPJ dan ada calon yang
repeat, jadinya, calon yang pertama kali la akan jalan dulu buat
bahagian II. Nombor akan dipanggil by group. Contoh, dari nombor 1
sampai 30. Kemudian nombor 30-60. Macam tu lah.
Kalau
tak silap, calon repeat buat ujian bahagian III dulu. Bila calon
terakhir yang pertama kali ujian JPJ dah selesai, baru calon repeat buat
ujian bahagian II dan vice versa. Untuk ujian JPJ ni, kalau bahagian II
tak lulus, bahagian III masih boleh buat lagi. Kalau bahagian II dah
tak lulus janganla bagi bahagian III tak lulus jugak. Tak ke sedih nanti
nak kena ulang dua-dua? Paham?
Nombor
giliran masa tu tak berapa ingat tapi awal jugakla, nombor 17 tak
silap. Kalau jadi orang first, rasanya tak lulus tu. Hahaha. Sebab ku
fobia dengan angka pertama. Nombor giliran yang kau orang dapat tu kena
kelipkan kat tingkap belah kiri, senang pegawai JPJ nak tengok nombor.
Setiap
halangan untuk bahagian II ni ada had masanya tau. Kalau dah practice
banyak kali dan dah biasa, masa yang kau orang amek sangat singkat je.
Kau orang pun boleh tak caya kejap je kau orang buat setiap halangan tu.
Bukit : 3 minit
Side parking : 5 minit
Tiga penjuru : 3 minit
Borang ujian JPJ bahagian III |
Habis je ujian, terus jumpa orang kaunter bagi salinan borang supaya dia orang boleh setelkan apa yang patut untuk keluarkan lesen P nanti. Lepas seminggu nak tau dah keluar ke belum lesen P, call dulu PMKK. Kalau dah confirm siap, barulah berlenggang dengan senang hati pergi PMKK amek lesen baru.
Dan dengan lesen P itulah kau orang boleh berseronok-ronok bawak kereta. Mula-mula sopanla kan. Nak hon orang pun malu-malu. Tengokla dua tiga bulan onwards kau orang drive macam mana. Hanya kau orang yang tahu.
Cmne foreignersambik lesen?
ReplyDelete