27 Januari 2014 lepas ku ada appointment dengan doktor di Klinik Anika, Klang. Sebabnya, 1 Disember tahun lepas ku ada buat medical check up, buat ujian darah. Walaupun badanku keding, jangan ingat penyakit tak ada tau. Bahaya jugak kalau kurus sangat ni.
Sebelum ku buat medical check up tu, dah ada simptom sesak nafas ni. Ada pulak kebas-kebas. Dengan tekanan hidup lagi (kalah pak menteri kau). Takut jugak bila simptom tu menunjukkan tanda sakit jantung. Yelah. Biasa, orang tua-tua yang kena serang pasal dah tua kadar estrogen pun makin kurang.. Tak pun orang obes pasal lelemak berlebihan.
Ku suspect sesak nafas tu pasal banyak sangat makan lemak tepu. Ada hari tu asyik ulang buat kek oren je. Kek marble la. Gaya hidup tak berapa nak sihat dah jelas. Lagi satu ku suspect ku terlalu perah otak sangat memikirkan hala tuju hidup yang terumbang-ambing. Cewah.
Masa appointment tu, pressure, gula, semua okey and good! Tang kolesterol tinggi. 6.1 woooo. Normal cholesterol level 5.2 g/mmol (unit ni agaknya). Tinggi kan? Dah kerjanya consult, doktor mesti suruh amalkan diet sihat, kurangkan makanan bergorengla. Tekanan pun kena handle wisely jugak sepatutnya. Tak pasal-pasal pulak nanti kena jumpa doktor lagi tapi doktor psikiatri pulak. Mintak dijauhkannnn.
Next appointment, doktor kata lepas 6 bulan kena datang balik. Nak tengok kolesterol tu turun ke tak. Yelah dok. Nanti kita jumpa lagi. Bila dah keluar klinik, tengok balik kad klinik tu, doktor tulis next appointment bulan 12. Pulaaak. Hahaha.
Ce tengok. Mana tau mata ku saja yang tersalah interpret. |
Kesimpulannya, mencegah lagi baik daripada mengubati. Prevention is a way better than cure. Bai bai!
0 comments:
Post a Comment