Perhatian: Blog ini menggunakan bahasa rojak, bahasa pasar. Bahasa alien akan cuba dielakkan.

Monday

Perempuan dan Kereta

Monday, February 17, 2014 Posted by Unknown No comments
Assalamualaikum w.b.t. Holla!

Cun ah pompuan ni. Reti pulak tukar tayar. Boleh buat makwe nih.
Pernah tak kau orang ternampak perempuan tukar tayar kereta kat tepi jalan tanpa ada seorang lelaki pun kat situ? Pernah? Wow! Smart ah perempuan tuh. Rasa salute sangat kalau terjumpa depan-depan. Lelaki selalu suka perlekeh, perempuan taunya main bawak je kereta, nak jaganya kalau masa sakit, zero knowledge. Hancusss.

Kalau tak pasal tayar pun, perempuan yang reti sikit-sikit pasal enjin pun orang dah respek. Yela. Bab automotif ni biasanya pass je kat lelaki, hihi, in case kereta break down kat tepi jalan. Jarang ada perempuan yang bergelumang dengan enjin panas, dengan minyak hitam, dengan kotornya lagi. Hade? Hade? Kalau ada pun, emm, mungkin dia tomboy! Huahua. Tak baik menuduh. 

Ini pompuan sangat serius. Shhhh. Jangan kacau kerja dia.
Andaikan, kereta mati enjin kat stesen minyak. Baru lepas pergi toilet ni, dah start enjin, tak hidup-hidup jugak. Tiba-tiba datang seorang perempuan nak tolong. Kalau seseorang perempuan tu tau sikit-sikit pasal komponen kereta, cakapnya berasas, ada sebab yang boleh diyakini, orang yang tak tau apa-apa macam daku ni senang sangat percaya dengan apa yang diterangkan pasal masalah matinya enjin.

Tengoklah kesannya kalau orang tu bercakap dengan ilmu. Mungkin dia tak master sangat tapi bila tengok cara dia inspect bonet kereta tu semacam pro, secara tidak langsungnya kita terset kat minda, "Terer jugak minah ni." Dan kau orang mungkin akan admire perempuan tu. Perempuan tolong perempuan sangat janggal okeh terutama bab-bab mobil nih.

Sebenarnya nak cerita lain, tapi pasal kereta jugak. Alkisahnya, 15 Februari 2014, perjalanan bermula daripada batu gua-gua (Batu Caves) nak balik ke Klang. Dengan jalan jammed kat Damansara. Uish. Memang tercabar kesabaranku. Kat Batu Caves nak bawa balik adik balik rumah. Dia da seminggu lari rumah. :(  :(  :(  :(  :(  Haha. Takdelah. Dia belajar sana, hari minggu kekadang dia balikla rumah. Nak feeling-feeling homesick gitu.

Masa dalam perjalanan nak ke Batu Caves tu dah perasan ada macam tak kena je dengan kereta ni ha. Disebabkan dulu pernah drive tak tengok meter temperature (boleh baca kat sini), kali ni punya drive sikit-sikit jeling meter tengok temperature naik tinggi ke tak. Sebelum ni drive asyik jeling cermin pandang belakang dengan meter minyak je, kali ni tak boleh jadi kena fokus kat temperature jugak.

Dalam perjalanan tu, agak risau bila tengok jarum tu hampir nak ke tanda merah. Maknanya nak masuk paras bahaya dah tu! Patutnya kena stop untuk tengok enjin tu. Mak duduk sebelah, adik lagi sorang duduk belakang. Tak ada sapa yang tau pasal temperature tuh. Hanya daku seorang. Hahahaha. Bukan apa, kang kalau dia orang risau, si drebar akan jadi over risau tau dak? Baik senyap-senyap je. Tapi nak senyap sesorang pun, tak boleh nak tahan jugak. Akhirnya terbagitau jugak masalah tu. Kahkahkah.

Dok doa-doa jelah kereta tak buat hal sebelum sampai Kolej Unikop. Bawak pun selow-melow je. Ini bukan cara gua nih. Cara gua merempit. Hahahahahaha. Hmm. Nasib baik menyebelahi jugak kita orang masa tu. Alhamdulillah. Bila dah stop kereta, ingat nak bagi sejuk dulu enjin tu sementara pergi naik bilik adik. Nak balik rumah kang baru plan nak isi air ke, apa ke,...

Risau........
Dah nak balik Klang baru ku buka bonet tu. Isi air kat tangki. Kat tangki air SAHAJA. Kemudian, cepat-cepat kita orang pecut takut suhu naik lagi. Ahhhh! Harapan je semua tuh. Kerisauan datang lagi yo. Risau no tengok meter suhu ni asyik naik je. Cuaca dahla panas terik yang amat. Kereta pulak nak meragam cecomel. 

Memang slow gila bawa masa tu. Memikirkan kebarangkalian kereta akan terberhenti kat tengah highway, maka, ku mengambil satu langkah bijak untuk berhenti kat stesen minyak Shell yang pertama lepas keluar Kolej Unikop. Bijak tak?

Nak cari tempat teduh dan redup sikit tu memang tak adalah. Kat Malaysia ni pokok kureng. Nak tak nak, kena cari port jugak yang agak sesuai walaupun terpaksa dipanggang cahaya matahari. Tak tau nak buat apa sebenarnya. Jadi, semua duduk diam je buat hal masing-masing.

Agak lama jugak kat situ. Risau lama-lama pun tak guna jugak kalau tak ada apa-apa action. Bila ingat balik cara abang Amy buat dulu tu, abang Amy isi air bukan dalam tangki air je tapi dalam radiator jugak. Ohmaaaiiii. Yang buat tadi isi dalam tangki air je. So, ku gagahkan diri buka bonet.

Mak aih. Berasap kat tangki air! Fulamakkk. Terer gila awek ni drive sampai berasap. Kakakakaka. Sampai ada makcik yang jual goreng-goreng dengan air siap datang jenguk kejap. Tapi tak ada pun bawak buah tangan untuk kita orang. Bukan rezeki kita orang nampaknya.

Nak buka penutup radiator tapi panas lagi. So, kerja kita orang masa tu melepak dalam kereta. Agak-agak dah sejuk, hamek kau, tiga botol besar air mineral yang ada dalam boot habis. Tu pun tak cukup lagi. Kena beli. Nasib baik tu berhenti kat stesen minyak. Tapi kita orang dapat beli botol kecil je. Beli 12 botol. Botol besar habis. Dah setel kat situ, makanya, kita orang meneruskan perjalanan.

Makin pelik pulak daku sebab bila jalan tak sampai 2/3 km suhu naik tinggi gila. Ahhh!!! Terpaksa berhenti lagi. Kali ni port menarik. Bawah jambatan. Redupla sikit kan. Tapi tepi jalan highway. Erkkkkkk. Ni bahaya. Ada lori hon pun bukan mau tolong. Takat hon, tak gentlenya.

Kali ni buka bonet, pun berasap kat tangki air tu. Haaaaiiila. Kena isi lagila ni kat radiator. Lepas tu teruskan lagi perjalanan. Jeling meter tengok suhu tinggi balik, terpaksa berhenti lagi. Yang ni pun bahaya jugak. Sebelah tu ada kerja-kerja construction. Kat highway lagi. Dah terpaksa berhenti, kau orang peduli apa? Tak lama lepas tu datang kereta peronda plus. Ada dua orang datang tolong. Alhamdulillah.

                            

Ok. Sambung. Dia orang pun tolongla apa yang patut. Katanya masalah sebab thermostat. Sebab tu air asyik kering je. Air tak sampai kat thermostat untuk sejukkan enjin. Akibatnya, enjin panaslah sampai membahang dan mungkin boleh menyebabkan letupan (iye ke?).

Lepas pertemuan dengan peronda plus tu, kita orang dengan segera zassss ke exit Bukit Jelutong cari stesen minyak, nak beli air mineral lagi sebagai stok. Risau ni kalau tak ada air. Nak guna air paip kang berkarat pulak komponen dalam kereta tu. Naya daku. Dari belakang, peronda plus dua orang tadi follow. Kira escottla ni. Terharunya. Haha. Nak sampai exit, baru dia orang stop.

Kat Petronas Elite Layby, kita orang berhenti makan, rehat-rehat, shopping-shopping. Shopping makanan ler. Isi balik air dalam radiator tu kasi penuh. Dah rasa macam expert pulak padahal isi air je pun kerjanya. Kakaka. Perasantan.

Kita orang agak lama jugak stop kat situ. Lepas tu, perjalanan pun bermula semula. Kira kita orang balik Klang lalu Bukit Jelutong and ended up kat Meru ikut jalan kampung. Time ni tengok temperature okey la pulak. Mungkin sebab cuaca masa tu tengah redup sekejap. Dah sampai kat mana tah, rasa cuak balik. Paham-paham je la kan. Hehehehehe.

Kali ni, bila stop kat traffic light je rasa berdebar. Takut termati enjin. Ada sekali kat Meru, bila lampu dah hijau, kereta nak gerak tapi termati. Aduh! Terus pasang emergency light. Yela. Takut kang lama pulak kat tengah-tengah jalan raya tu. Baik kasi signal awal-awal. Macam dah sakit sangat dah gayanya. Next traffic light, ku memang tak free kan gearla cuma balancekan clutch dengan minyak. Risau kejadian berulang. Haha.

Lalu kat Jalan Hamzah Alang, dah tak boleh jadi dah ni. Kena cari port bagi kereta rehat. Jalan Meru tu dahla sempit. Bayangkan,... bayangkan, jalan yang kecik, yang ada double line, jammed teruk gara-gara ada kereta tersadai kat tengah jalan tuh. Hah! Bayangkan bayangkan cepat! Tak ke tragis namanya? Pasti akan trauma bawak kereta lepas ni. Tapi benda tu tak berlakula. Selamat selamat. Hehe.

Akhirnya, kita orang jumpa jugak Shell yang kita orang tertunggu-tunggu nak sampai. Signboard kata 3 km. Dan kita orang pun jumpa tapi belah kanan. Ceh! Takpelah. Yang penting kena berhenti. Parkla kereta kat belakang Wira merah. Kat situ rehat lagi. Buat benda yang sama. Makan kejap walaupun tadi dah makan sikit. Bila tengah risau ni kelaparan memang meningkat ye? Dapatla ku capai roti krim adik punya.

Tamak nenek ni. Ku cuma rembat sebungkus roti krim strawberi je.
Sedang berehat-rehat, tiba-tiba, orang kereta Wira merah pun keluar. Lelaki India. Wow! Fasihnya dia cakap Melayu! Dia tanyala kenapa. Siap tanya ada air ke tak. Ah! Concernnya. Sebelum dia pergi, siap bagi botol air lagi. Alahaiiii. Hahahaha. Gua tak cair pun. Ceit. Lepas tu Wira merah pun beredar. Dia tengah sesat tu. Hehehe. Ok. Sebaik saja enjin sejuk, dah isi air semua, ku cuba start enjin. Ohmaiiiii. Tak mau hidup. Dua, tiga, empat kali try tak maunya nak hidup. Gawat nih!

Dari dalam kereta pulak ku nampak ada orang datang dari depan. Tak perasan pulak bila masa kereta tu park situ. Ada dua orang lelaki Melayu datang tolong. Ada lagi orang baik hati nak tolong kan. Huhuhu. Jadi ku borak-borakla dengan mereka berdua. Abang yang sorang ni siap tanya, kereta ni kereta sendiri ke kereta bos? Hahaha. Ku jawab dengan ketawa sebab soalannya berlapik sangat.

Then dia suruhla solat Asar dulu. Lepas solat inshaAllah kereta boleh hidup. Huhu. Ada sedikit unsur kerohanian di situ. Yela, tengok tempatla stop kat mana. Kat stesen minyak gerenti ada surau. Jadi, dengan bonet yang tak bertutup, dia orang tolong jagakan kereta, kita orang menuju ke surau.  Usai je solat, ha, abang-abang tu kata dah boleh hidup. Mungkin kereta tu dah cukup rehat dan bersiap-sedia untuk berbakti kepada tuannya.

Dari Hamzah Alang nak ke rumah tak jauh sangat dah. Adala dalam 3 km macam tu. Petang tu dalam 6.30 tak silap, tak terik sangat. Agak redup. Ini membantu sedikit supaya suhu maintain je sampai rumah. Dan Alhamdulillah, sampai pun kita orang dengan selamatnya tanpa ada termati enjin lagi kat tengah jalan. Hehehe.

Kau orang nampak tak cabarannya kat situ. Berapa kali kita orang stop semata-mata nak isi air dalam radiator tu. Berapa ramai yang tolong sepanjang perjalanan tu? Nak bagi balasan, tak ada apa untuk diberi, hanya doa supaya kebaikan kau orang dinilai sebaiknya dan kau orang mendapat ganjaran daripadaNya. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi membantu daripada segi buah fikiran dan pertolongan fizikal.

This is manual car! But i like.

Sorry terpaksa baca entri yang maha berjela dan kalau ada term kereta yang tak betul boleh perbetulkan. Caranya, sms ke 28528 Haha. Caranya dengan komenlaaa. Okey. Adios. Terima kasih. Awak memang rajin membaca kan?


0 comments:

Post a Comment