Perhatian: Blog ini menggunakan bahasa rojak, bahasa pasar. Bahasa alien akan cuba dielakkan.

Wednesday

Congo Bar

Wednesday, April 09, 2014 Posted by Unknown 2 comments
Assalamualaikum. Hello kau orang!

Semalam, hari yang amat cerah lagi ceria. Malamnya, hati berbunga riang mengenangkan projek membuat congo bar akan dimulakan.

Congo bar, bagi yang tak pernah rasa, akan sentiasa terkenang-kenangkannya bila dapat suapan yang pertama. Sambil puji kesedapannya, sambil tu ngap lagi masuk mulut. Tak caya, cubala test try tengok!

Jadi, proses mengadun, menggaul dan mencampur pun bermula. Sambil menonton cerita Minion kat pc. Pc kita orang letaknya di dapur. Hihihi.

Sambil campur-campur, gaul-gaul, mata ke pc. Ala, sepertinya mak-mak mengopek ikan bilis depan tv. Haaa! Boleh dikatakan ada tiga masalah yang berkaitan dengan projek malam tu.

Pertama, adunan tu rasa macam banyak sebab guna 315 gram tepung dan loyang 13x9. Tapi diteruskan jugak atas sebab tertentu.

Kedua, esen vanila dah habis rupanya. Disebabkan esen badam tak disentuh lagi, cubalah nak rasa macam mana agaknya bila guna esen badam. Baunya dah memang tak sedap dan rasanya pun tak sedap jugaklah. Huhuhu.

Ketiga, suhu membakar 170 darjah celsius. Berdasarkan pembacaan bahawa setiap oven adalah berbeza kepanasannya, suhu yang digunakan semalam 150 sahaja selama lebih kurang 28 minit macam tu.

Bila dah time, keluar je oven bau sedap semacam tapi tak semerbak. Teruja nak rasa, potongla sikit. Bahagian tepi dah masak. Okey. Cantik je tekstur.

Rasa tolak ke tepila. Sakit tekak bila telan. Rasa esen badam terlalu kuat! Salah saya ke masuk 1 sudu teh esen? Saya hanya follow the recipe. Huhuhu.

Jadi, solusinya adalah coklat cair. Dapatla jugak cover rasa esen badam yang terlalu kuat tuh. Next step, potong kecik-kecik. Dan baru perasan bahagian tengah tak masak!

Kuciwa gilos!!! Masuk tong sampah!


2 comments:

  1. sayangnya tak masak pula ya.. boleh cuba lagi nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aiza bagi semangat! Hehehehe.. Insha Allah... Barang dah beli semalam.. :)

      Delete