Perhatian: Blog ini menggunakan bahasa rojak, bahasa pasar. Bahasa alien akan cuba dielakkan.

Tuesday

Congo Bar Part II

Tuesday, April 22, 2014 Posted by keding arashid No comments
Assalamualaikum, salam sejahtera readers!

Finally! Again congo bar...

Tak susah sebenarnya nak buat congo bar ni. Sediakan bahan, timbang, sukat, campur, gaul, adun sebati goreng dan sedia, eh? Ini lirik lagu cucur adabi. Neva mind.

Lepas tu masuk dalam loyang dan bakar. Simple as ABC. Tak payah guna mixer pun tak apa cuma tangan lenguh sikitlah.

First time buat congo bar, kejadiannya tak berapa nak memuaskan hati sendiri tapi memuaskan hati cik bin (tong sampah). Boleh tengok entri yang lepas kat sini.

Kali kedua buat, Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. Langkah pertama mungkin anda terjatuh tapi langkah kedua anda akan lebih berhati-hati supaya tak jatuh lagi.


Bahan tambahan selain cip coklat ialah kismis yang dibelah dua. Kacang-kacang pulak disangai (em... dipanggang?) atas dapur. Macam buat almond london sangai (em... panggang?) kacang badam. Saya hanya guna badam cincang, nibs almond dengan kepingan badam.

Pada pengamatan sayala kan, suhu dan masa yang ditetapkan tu, ikut je. Tak payah kira lain oven lain kepanasan suhunya. Yang ni saya bakar guna suhu 170 darjah celsius macam yang dicadangkan tu tapi masanya tak sampai 30 minit. Lain kali nak buat lagi kena ikut betul-betul suhu 170 darjah celsius selama 30 minit.

Tapi rasa congo bar ni tak sesedap congo bar Mak Teh. :(

Dan saya hanyalah tukang memberi arahan. Tukang buatnya si adik. Dia nak buat sangat, hmm, biar.

0 comments:

Post a Comment