Perhatian: Blog ini menggunakan bahasa rojak, bahasa pasar. Bahasa alien akan cuba dielakkan.

Monday

1st Simple Giveaway by CIKNA136

Monday, March 31, 2014 Posted by Unknown 2 comments
Assalamualaikum. Haiiii.


Come and join me! The first giveaway held by Cik Ina. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan CABUTAN BERTUAH. Hadiah-hadiah yang ditawarkan, jeng jeng jeng...

Screen protector

Google

Naturgo mask

Google

Penanda buka

Google

Keychain


Google

Pin tudung


Google

Maaf. GAMBAR hanyalah sebagai PENYERI ENTRI. Eh, tapi jangan lupa join okey kau orang semua! Sampai akhir bulan April. Sapa kata tak sempat?

Sunday

Mulberi Rupanya Nama Kau.

Sunday, March 30, 2014 Posted by Unknown 4 comments
Assalamualaikum, hai hai hai!

Nak tau? Mulberi ni kawan baru saya. Saya baru culik dia daripada rumah opah masa cuti sekolah Mac yang lepas tu. Saya berkomplot dengan adik-adik. Kalau culik sorang-sorang, tak menjadi pulak. Ini dia kawan saya tu.

Nama sedap, rupa pun cantik kan? Hihihi.
Ini dia mulberi yang sebenarnya. Mempersilakan, buah mulberiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Manis tau buah ni kalau warna dah gelap macam ni.
Ni pokoknya. Yang warna merah tu pun dah boleh makan tapi MASAM!
Tanya kat opah tapi opah pun tak tau nama buah ni sebab Mak Lang yang tanam kata opah. Patut tanam banyak-banyak pokok buah ni. Baru tanam pun dah tumbuh buah. Suka suka suka!

Kejadian 'mencuri' mulberi ni berlaku sebab kita orang berkenan sangat dengan buah ni sebenarnya. Kalau boleh nak la jugak tanam kat rumah walaupun rumah teres dalam taman dan tanam dalam pasu je. (boleh hidup ke tanam dalam pasu?)

Ada satu pokok baru tumbuh, dan ada cabang sikit. Jadi, kita orang kerat cabang yang tu. Dan masukkan ke dalam botol air kosong. Dalamnya berisi tanah pasir dan sedikit saja air sekadar nak melembapkan tanah tu. Huhuhu. Tanah tu dikorek kat sekitar kawasan pokok tu jugak. Berbunga-bungalah hati bila dapat bawa balik rumah.

Sebenarnya, sebelum sampai rumah pun dah layu sikit pokok ni. Hahahaha. Dasar tak berilmu. Gambar kat bawah ni hari kelima. Adakah sebab tak dapat cahaya matahari? Atau kena tukar tanah? Ataupun kena ubah tanam ke dalam pasu? 

Pokok mulberi kanan. Kiri pokok bunga apa entah namanya.
Somebody helps me!!!

Friday

Meet My Fren

Friday, March 28, 2014 Posted by Unknown 2 comments
Assalamualaikum. Hello!

Ini kawan saya. Nama dia Maryam. Kami berumur 24 tahun tahun ni. Hihihi. Dah. Tu je nak update.




Thursday

Walimatul Urus Pakcik Zuan - Ke Sawah Ke Kita - Cuti Sekolah Bulan Mac

Thursday, March 27, 2014 Posted by Unknown No comments

Assalamualaikum. Hai hai hai.

Saja nak update pasal majlis kahwin lagi. Seronok tengok orang kahwin. Bahagia dan gembira menjadi RAJA SEHARI, diarak beramai-ramai dan dilayan bagaikan VVVVVIP! Pakaian pulak pakaian yang paling cantik kita pakai. Agaknya masa kahwin je lah kita pakai cecantik cenggitu. Ye dak?

Kami balik kampung berempat je. Ramai pulak yang terkejut bila bagitau abah tak ikut sekali dan yang bawak 'Jaguar' tu, adalah saya. Tak padan dengan kecik bawak kereta jauh-jauh. Hari Sabtu 22 Mac 2014 tu la kami bertolak balik. Kami keluar awal sikit sebab kereta tak sempat basuh. Kotor. Huhu. Nasib kami baik car wash yang selalu kami pergi tu dia buka awal dalam pukul 8.30. Sebenarnya, jiran kami pun ada kenduri kahwin jugak. Agak-agakla semua nak ikut balik kampung sekali kan?

Hari yang sama juga ada majlis kat rumah isteri Pakcik Zuan, Makcik Zaharah kat Padang Rengas. Tak sempat nak pergi. Sampai di rumah opah pun dah petang. Bukan jauh sangat pun, dari Selangor je. Hehehehe. Disebabkan berhenti lama sangat kat RnR tula yang melambatkan perjalanan. T_T. Jadi, kami cuma pergi ke majlis Pakcik Zuan je pada Ahad 23 Mac. Oppsss. Hari yang sama pilihan raya kecil Kajang N25. Datin Wan Azizah menang. Tetttttt. Sambung cerita tadi.

Nak belanja banyak gambar ni. Harapnya kau orang semua kenyang siap keluar bluuuurrrrrpppppp. Jom, layannnnnnzzzz.

Masa kat rumah pengantin perempuan di Padang Rengas. Kredit to Paksu Peli dan fotografer.
Jemput datang di Kampung Nibong, Perak... Hihihi.
Bunga atas tu lawa tau. Macam diperbuat daripada tanah liat plasticine tu.

Pengantin mai daaaahhh. Sampai sampai je terus serbu meja makan. Hahaha. Lapar sangat nampaknya.
Muka gembira makanan dah ada depan mata.
Sila sila. Jangan malu jangan segan. Nanti kempunan.
Sementara tunggu pengantin habis makan, apa lagi, memang bergambar je la kerja kita orang. Jom jom.
Bawah tu ada Naufal dengan Afiq.
Najwa dengan Amir.
Dengan mak, Amni, Najwa, Hidayah.
Model of the year. Sorry terperasan.
Bila pengantin dah masuk pelamin, pengantinla yang conquer pelamin ye dak? Hero dan heroin la katakan. Pelakon pembantu pun ramai jugak. Belum kenyang lagi kan? Jom layan lagi.

Bila pengantin masuk pelamin.
Salah satu gaya yang diarah oleh Mak Andak, pengarah pelamin. Hihihi.
Mak Long Rohaya, Mak Andak and the geng.
Pak Teh Yusri, Mak Teh Nurul, Pak Su Peli. Kat bawah mak dengan adik. Adik lagi sorang tak nak interframe.
Kek ni tak dapat merasa. Malam baru makan tapi dah balik rumah opah. T_T
Dah. Cukup. Ni gambar masa photoshoot kat bendang. Tak pernah tau kami adik-beradik jejak tanah sawah. Rasanya padi tengah berbuah tu. Agaknyala. 

Ini memang excited. Sebelum photoshoot pengantin bermula, buat photoshoot untuk diri sendiri dulu.
Siti dan Ziera dari kanan.
Inilah model sawah paling dikehendaki pada hari tu. Hihihihi.
Lompat! Gaya yang tak asing lagi. Credit to Pak Su Peli dan fotografer.
Cak! Credit to Pak Su Peli dan fotografer.
Kami tak nak bagi Mak Cik pergi kat Pak Cik Zuan. Makanya, Mak Cik telah ditarik oleh kami. Credit to Pak Su Peli dan fotografer.
Ini betul-betul cinta terhalang ni. Bukan. Cinta dihalang. Credit to Pak Su Peli dan fotografer.
Mengelamun sorang-sorang best jugak kat sawah bendang ni kan? Layaaaannn.






 Habis cerita kahwin. Lepas ni saya kahwin. :p Selasa 25 Mac pulak Pak Su Peli bertunang dengan orang Kedah. Tak berani nak bawak 'Jaguar' tu jauh-jauh. Sepatutnya pun 22 Mac tu ada sepupu kahwin. Tapi disebabkan majlis tu kat Kedah, pergi kenduri Pak Cik Zuan je lah.

Balik ke rumah opah je, dah petang. Balik bawa bekal nasi dan lauk kenduri. Masak lemak pisang, daging masak hitam sangat-sangat sedap! Tukang masaknya ialah keluarga dia orang sendiri dengan sedara-mara yang lainlah. Jimat kos sikit. Mak pun cakap masak lemak pisang tu sedap. Kan betul sedap.

Esoknya kami keluar lagi. Buat surprise visit to rumah Tok Teh di Kampung Senduk. Dekat je dengan rumah opah kat Kampung Berchat tu. Lepas tu ke rumah Mak Teh Shinah. Rugi pulak tak bagitau awal-awal nak datang rumah Mak Teh. Kalau tak boleh mintak congo bar. T_T Kepingin itu congo bar Mak Teh dan anak daranya buat. Perfecto delicious!

Ha! Teringat buah ni. Ada buah ni tau, manis dan sedap rasanya. Kalau warnanya masih merah, rasanya masam sangat. Warna gelap nak kehitaman tu rasanya sedap dan manis. Tapi tak tahu pulak gerangan nama buah ni. Siap bawa balik pokok nak tanam kat rumah tapi tapi, wallahua'lam, sihat lagi ke tak tu. Layu je tengok. Huwaaaaaaaaa. Eh. Duduk kat rumah teres ni depan belakang kiri kanan ada rumah. Nak berbakti ke tanah pun tak dapat. Pasulah penyelamatnya.
Ada sapa-sapa tau nama buah ni?

Selain pokok buah misteri ni, ada lagi pokok yang kami bawa balik siap dengan pasu sekali. Hamek kau. Opah pun bagi lampu hijau. Rembat je lah. Nama pokok tak tau dan gambarnya pun tak ada. Huhu. Lagi satu pokok kaki lipan or something like thatla.

Pokok bunga ni pun namanya tak tahu. Ni pun ada bawak balik juga. Masih status anak pokok lagi yang kami bawa balik tu.
Okeylah. Itu saja nak habaq mai time cuti sekolah hari tu. Terpanjang pulak entri ni. Pastikan kau orang dah kenyang dan komen, baru boleh blah.










  

Sakan Membeli-Belah di Ekspo Buku Islam di UIAM, Gombak

Thursday, March 20, 2014 Posted by Unknown 2 comments
Assalamualaikum w.b.t. Hello.

UIAM Gombak ada buat Ekspo Buku Islam di Dataran Masjid UIAM. Ekspo berlangsung daripada 17 Mac sampai 22 Mac 2014. Siapa-siapa yang belum sempat lagi nak serbu, ada lagi dua hari berbaki. Sebenarnya, adik-adik yang shopping buku. Tolong carikan jer. Dia siap dah tulis nak beli buku apa. Senang. Tak bazir masa. Tapi ada jugak ar buku yang nak, tak ada kat situ.

Ini kali kedua jejak kaki di UIAM. Pertama kali datang sebab temankan kawan temu duga jawatan pensyarah. Kali kedua ni pergi dengan famili. Seperti yang dapat ku agak, gambar memang tak banyak mana pun. Fokus mencari dan membeli. Walaupun dah genggam telefon, terlupa langsung nak snap banyak gambar. Sudilah melayan gambar-gambar yang ada ni.

Eh eh. Sempat pulak abang tu pandang sini.
Mak dan adik. Lagi sorang adik yang borong banyak buku
Masa ni hujan dah mula turun sikit-sikit 
Di gerai ni ada jual 3 buku RM50. Buku Hilal Asyraf
Sebahagian daripada buku-buku yang dibeli
Lagi-lagi buku
Macam pernah ku nampak baju ini.

Tapi jangan risau. Ada lagi banyak ekspo dan pesta buku yang bakal merenggut wang anda. Lebih baik berhabis duit kat ilmu daripada benda tak berfaedah.
Pesta Buku
(ada 6 pesta buku hingga ke bulan Mei)
1. Ekspo Buku Islam Putrajaya
28 Februari - 9 Mac 2014
Dewan Cempaka Sari, Presint 3
Kompleks Perbadanan Putrajaya
2. Ekspo Buku Islam UIAM Gombak
17 - 22 Mac 2014
Ruang Legar Masjid UIAM
3. Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya
Penganjur: MPH
19 - 23 Mac 2014
Putrajaya International Convention Centre
4. Ekspo Buku Islam Negeri Sembilan
28 Mac - 6 April 2014
Terminal 1 Seremban
5. Read Malaysia.
21 - 30 Mac 2014
Mines Exhibition Centre
Sri Kembangan, Selangor.
6. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
24 April - 4 Mei 2014
PWTC
Diskaun 15% setiap hari di www.mustread.com.my
Sumber : www.mustread.com.my 

Friday

Saya Tampar KJ Macam Buaya, Baru Dia Tahu - Raja Bomoh

Friday, March 14, 2014 Posted by Unknown No comments


Assalamualaikum. Hai hai hai!

Hari ni kan, gempar betul di Twitter orang sibukkan gerangan raja bomoh tikar terbang, Ibrahim Md Zin. Ada ke patut dia cabar KJ letak jawatan gara-gara KJ menyelar tindakan bomoh tu? Siap offer nak tampo KJ hah! Nak saman 100 juta. Wow! Emm. Masalahnya siapa yang gila, siapa yang sampah masyarakat? Tengok video ritual tu pun ku dah tergelak. Kahkahkahkah!


Wednesday

Malaysian Career and Training Fair 2014, Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur

Wednesday, March 12, 2014 Posted by Unknown 2 comments
Assalamualaikum w.b.t. Hello!

Hanya nak berkongsi SEDIKIT gambar dan pengalaman semasa di MCTF 2014 pada 7 Mac. Hari Jumaat dan hari pertama. Berkunjung ke sana dengan adik, hanya berdua. Perjalanan pergi minyak tak diisi. Mencari parking makan masa. Ke sana sini. Keluar Mid Valley, masuk The Garden. Jalan sesak sebab ramai yang nak datang ke MTCF. Minyak akhirnya berkurangan, dua-dua menggelabah. Kerana tak pasti sama ada minyak yang tinggal cukup atau tak untuk perjalanan balik mencari stesen minyak.

Untuk daftar masuk, sebaiknya daftar secara online dan kita orang dah siap daftar awal-awal. Jadi tak buang masa. Di kaunter kau orang akan dapat bangle sebagai tanda. Semacam nak masuk Sunway Lagoon tu. Supaya nanti tak sesat dan senang untuk pencari kerja mencari syarikat yang digemari. Peta pun diberikan. Yang ni semacam traveller.

Ada banyak syarikat yang join. Antaranya Top Glove, Titan, IBM, Jabatan Tenaga Kerja, dan banyak lagi. Sebaiknya bawala resume banyak-banyak. Sebelum datang, aim dulu nak pergi syarikat mana. Supaya tak membazir masa. Alang-alang dah tanya kerja apa yang available, jangan lupa tanya ada free gift tak? :p Jom layan gambar sikit.

Jemput masuk.
Free admission. No fees. Hanya perlu sediakan tambang minyak dan makan.
"Kak, saya sedang bercakap ni kak," keluh miss itu.
Go go power rangers!
Booth Jobstreet
Zon warna apa tak ingat tapi bahagian kewangan, pelaburan.
Daku di Sepanyol. Ah. Menipu sangat.

Adik dan si Bunting.

Akan datang, Malaysia's Best Post Graduate Fair.
Oh. Sikit sangat gambar yang snap hari tu. Sigh. Itu namanya fokus semasa pencarian. Tiba-tiba, hari pun dah petang dan baru teringat nak cari jalan balik rumah. Langkah kaki pun menuju ke kawasan parking di Mid Valley. Tapi hampeh. Salah tempat. Rupanya kereta sudah menapak di parking Zon U di The Garden. The Garden dan Mid Valley tak bersambung ye? Kutuk diri sendiri tak alert masa masuk. 

Masalah lain yang tadi dilupakan kini menjelma semula. Minyak! Minyak! Minyak! Ah! Kelibat stesen minyak tak kelihatan langsung! Kerisauan dah melanda sehingga ke tahap kritikal dah. Penyudahnya, kereta hanya menjalar perlahan saja. Pedulikan kereta besar-besar yang nak potong. Potonglah. Bila kereta dah kenyang minyak nanti daku potong balik. Muahahahaha. Tapi tak buat pun. Saya pemandu cermat! *angkat kening sebelah macam Ziana Zain. Sebut "cermat hek?"

Dan mereka pun bahagia selama-lamanya. Good ending.