Perhatian: Blog ini menggunakan bahasa rojak, bahasa pasar. Bahasa alien akan cuba dielakkan.

Wednesday

Malaysian Career and Training Fair 2014, Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur

Wednesday, March 12, 2014 Posted by Unknown 2 comments
Assalamualaikum w.b.t. Hello!

Hanya nak berkongsi SEDIKIT gambar dan pengalaman semasa di MCTF 2014 pada 7 Mac. Hari Jumaat dan hari pertama. Berkunjung ke sana dengan adik, hanya berdua. Perjalanan pergi minyak tak diisi. Mencari parking makan masa. Ke sana sini. Keluar Mid Valley, masuk The Garden. Jalan sesak sebab ramai yang nak datang ke MTCF. Minyak akhirnya berkurangan, dua-dua menggelabah. Kerana tak pasti sama ada minyak yang tinggal cukup atau tak untuk perjalanan balik mencari stesen minyak.

Untuk daftar masuk, sebaiknya daftar secara online dan kita orang dah siap daftar awal-awal. Jadi tak buang masa. Di kaunter kau orang akan dapat bangle sebagai tanda. Semacam nak masuk Sunway Lagoon tu. Supaya nanti tak sesat dan senang untuk pencari kerja mencari syarikat yang digemari. Peta pun diberikan. Yang ni semacam traveller.

Ada banyak syarikat yang join. Antaranya Top Glove, Titan, IBM, Jabatan Tenaga Kerja, dan banyak lagi. Sebaiknya bawala resume banyak-banyak. Sebelum datang, aim dulu nak pergi syarikat mana. Supaya tak membazir masa. Alang-alang dah tanya kerja apa yang available, jangan lupa tanya ada free gift tak? :p Jom layan gambar sikit.

Jemput masuk.
Free admission. No fees. Hanya perlu sediakan tambang minyak dan makan.
"Kak, saya sedang bercakap ni kak," keluh miss itu.
Go go power rangers!
Booth Jobstreet
Zon warna apa tak ingat tapi bahagian kewangan, pelaburan.
Daku di Sepanyol. Ah. Menipu sangat.

Adik dan si Bunting.

Akan datang, Malaysia's Best Post Graduate Fair.
Oh. Sikit sangat gambar yang snap hari tu. Sigh. Itu namanya fokus semasa pencarian. Tiba-tiba, hari pun dah petang dan baru teringat nak cari jalan balik rumah. Langkah kaki pun menuju ke kawasan parking di Mid Valley. Tapi hampeh. Salah tempat. Rupanya kereta sudah menapak di parking Zon U di The Garden. The Garden dan Mid Valley tak bersambung ye? Kutuk diri sendiri tak alert masa masuk. 

Masalah lain yang tadi dilupakan kini menjelma semula. Minyak! Minyak! Minyak! Ah! Kelibat stesen minyak tak kelihatan langsung! Kerisauan dah melanda sehingga ke tahap kritikal dah. Penyudahnya, kereta hanya menjalar perlahan saja. Pedulikan kereta besar-besar yang nak potong. Potonglah. Bila kereta dah kenyang minyak nanti daku potong balik. Muahahahaha. Tapi tak buat pun. Saya pemandu cermat! *angkat kening sebelah macam Ziana Zain. Sebut "cermat hek?"

Dan mereka pun bahagia selama-lamanya. Good ending.














2 comments:

  1. kalau ada kat semenanjung, mungkin zam boleh pergi :)

    ReplyDelete
  2. Ha. Selama ni career fair pernah tak buat kat sabah sarawak???

    ReplyDelete