UIAM Gombak ada buat Ekspo Buku Islam di Dataran Masjid UIAM. Ekspo berlangsung daripada 17 Mac sampai 22 Mac 2014. Siapa-siapa yang belum sempat lagi nak serbu, ada lagi dua hari berbaki. Sebenarnya, adik-adik yang shopping buku. Tolong carikan jer. Dia siap dah tulis nak beli buku apa. Senang. Tak bazir masa. Tapi ada jugak ar buku yang nak, tak ada kat situ.
Ini kali kedua jejak kaki di UIAM. Pertama kali datang sebab temankan kawan temu duga jawatan pensyarah. Kali kedua ni pergi dengan famili. Seperti yang dapat ku agak, gambar memang tak banyak mana pun. Fokus mencari dan membeli. Walaupun dah genggam telefon, terlupa langsung nak snap banyak gambar. Sudilah melayan gambar-gambar yang ada ni.
Eh eh. Sempat pulak abang tu pandang sini. |
Mak dan adik. Lagi sorang adik yang borong banyak buku |
Masa ni hujan dah mula turun sikit-sikit |
Di gerai ni ada jual 3 buku RM50. Buku Hilal Asyraf |
Sebahagian daripada buku-buku yang dibeli |
Lagi-lagi buku |
Macam pernah ku nampak baju ini. |
Tapi jangan risau. Ada lagi banyak ekspo dan pesta buku yang bakal merenggut wang anda. Lebih baik berhabis duit kat ilmu daripada benda tak berfaedah.
Pesta Buku
(ada 6 pesta buku hingga ke bulan Mei)
1. Ekspo Buku Islam Putrajaya
28 Februari - 9 Mac 2014
Dewan Cempaka Sari, Presint 3
Kompleks Perbadanan Putrajaya
28 Februari - 9 Mac 2014
Dewan Cempaka Sari, Presint 3
Kompleks Perbadanan Putrajaya
2. Ekspo Buku Islam UIAM Gombak
17 - 22 Mac 2014
Ruang Legar Masjid UIAM
17 - 22 Mac 2014
Ruang Legar Masjid UIAM
3. Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya
Penganjur: MPH
19 - 23 Mac 2014
Putrajaya International Convention Centre
Penganjur: MPH
19 - 23 Mac 2014
Putrajaya International Convention Centre
4. Ekspo Buku Islam Negeri Sembilan
28 Mac - 6 April 2014
Terminal 1 Seremban
28 Mac - 6 April 2014
Terminal 1 Seremban
5. Read Malaysia.
21 - 30 Mac 2014
Mines Exhibition Centre
Sri Kembangan, Selangor.
21 - 30 Mac 2014
Mines Exhibition Centre
Sri Kembangan, Selangor.
6. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
24 April - 4 Mei 2014
PWTC
24 April - 4 Mei 2014
PWTC
Diskaun 15% setiap hari di www.mustread.com.my
Sumber : www.mustread.com.my
Seronoknya ke pesta buku....saya pernah sampai ke kampus UIAM gombak ni sekali je, cantik kan kampusnya. Salam Jumaat Keding :)
ReplyDeleteTerima kasih sudi jengah teratak baru kat sini... Hihihi. Boleh tahanla cantiknya. Ada banyak lagi ni pesta buku bulan Mac-April ni.
Delete