Perhatian: Blog ini menggunakan bahasa rojak, bahasa pasar. Bahasa alien akan cuba dielakkan.

Sunday

Mulberi Rupanya Nama Kau.

Sunday, March 30, 2014 Posted by keding arashid 4 comments
Assalamualaikum, hai hai hai!

Nak tau? Mulberi ni kawan baru saya. Saya baru culik dia daripada rumah opah masa cuti sekolah Mac yang lepas tu. Saya berkomplot dengan adik-adik. Kalau culik sorang-sorang, tak menjadi pulak. Ini dia kawan saya tu.

Nama sedap, rupa pun cantik kan? Hihihi.
Ini dia mulberi yang sebenarnya. Mempersilakan, buah mulberiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Manis tau buah ni kalau warna dah gelap macam ni.
Ni pokoknya. Yang warna merah tu pun dah boleh makan tapi MASAM!
Tanya kat opah tapi opah pun tak tau nama buah ni sebab Mak Lang yang tanam kata opah. Patut tanam banyak-banyak pokok buah ni. Baru tanam pun dah tumbuh buah. Suka suka suka!

Kejadian 'mencuri' mulberi ni berlaku sebab kita orang berkenan sangat dengan buah ni sebenarnya. Kalau boleh nak la jugak tanam kat rumah walaupun rumah teres dalam taman dan tanam dalam pasu je. (boleh hidup ke tanam dalam pasu?)

Ada satu pokok baru tumbuh, dan ada cabang sikit. Jadi, kita orang kerat cabang yang tu. Dan masukkan ke dalam botol air kosong. Dalamnya berisi tanah pasir dan sedikit saja air sekadar nak melembapkan tanah tu. Huhuhu. Tanah tu dikorek kat sekitar kawasan pokok tu jugak. Berbunga-bungalah hati bila dapat bawa balik rumah.

Sebenarnya, sebelum sampai rumah pun dah layu sikit pokok ni. Hahahaha. Dasar tak berilmu. Gambar kat bawah ni hari kelima. Adakah sebab tak dapat cahaya matahari? Atau kena tukar tanah? Ataupun kena ubah tanam ke dalam pasu? 

Pokok mulberi kanan. Kiri pokok bunga apa entah namanya.
Somebody helps me!!!

4 comments:

  1. teringat pokok mulberi ni masa di kampung.. kecil-kecil dulu pernah panjat pokok mulberi ni.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjat??? Dah besar sangat agaknya pokok tu. Bestla panjat-panjat. Panjat, petik, ngap! XD

      Delete
  2. salam dear,

    batang mulberry tu kena terus semai dalam pasu atau cucuk terus ke tanah pun tak apa. senang hidup. letak dalam air dia layu la, nanti batangnya buruk. kalau serai, batang kesum bolehlah la letak dalam air dulu. Hehe

    salam ukhuwah

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikumussalam dan salam ukhuwah... :)

    Sebenarnya, pokok tu tak dapat bertahan lama, dah ajal dah. Huhuhu. Silap tak transfer dalam pasu. Mungkin hayat dia lebih lama. Terima kasih mereply... Hihi..

    ReplyDelete