Perhatian: Blog ini menggunakan bahasa rojak, bahasa pasar. Bahasa alien akan cuba dielakkan.

Tuesday

Panas dan Jerebu serta Hujan : Musibah dan Nikmat

Tuesday, March 04, 2014 Posted by Unknown , , 2 comments
Assalamua'alaikum w.b.t. Hai hai!

Sejak dua menjak ni, cuaca di Malaysia sangat panas! Sapa kata tak panas dia bukan kat Malaysia. Kadang-kadang, baru keluar rumah sehari, malam tu dah mula rasa panas-panas badan. Sebenarnya, adik yang tingkatan satu dah kena demam atau orang gelarkan heat strok. Enam hari cuti sekolah! Seronok dalam kesakitan nampaknya beliau.

Dah panas melampau, tambah dengan jerebu, hujan pulak tak turun-turun menyimbah bumi. Betapa sengsaranya manusia dengan ujian Allah ni. Nak buat pembenihan awan, keadaan tak mengizinkan. Sering kali tertangguh.

Bila hujan turun saja, semua bersorak girang seraya mengucapkan Alhamdulillah. Tak lupa juga yang berlari-lari bermain air hujan sebagai tanda meraikan kegembiraan. Terdapat juga yang melakukan aksi 'Memori Daun Pisang'. Yang tak ada kerja nak buat, sambung bermimpi di siang hari.

Hujan kali ni mendedahkan bahawa siling di rumah terdapat banyak kebocoran. Banyak juga baldi dan periuk serta besen yang terpaksa dikeluarkan daripada tempat persembunyian. Khabarnya, hujan telah mula turun sejak tengah malam tadi. Akan tetapi, hujan tersebut seakan-akan malu untuk memuntahkan airnya sekali harung. Hujan lebat disahkan berhenti lebih kurang pukul 10 pagi. 

Akibat daripada hujan yang disambut baik oleh rakyat jelata, rata-rata ramai yang tidak merungut susah untuk ke tempat kerja akibat hujan. Ini kerana mereka sedang bermuhasabah diri dengan ujian yang telah diberikan. Jerebu pada hari ini juga telah berkurangan dan difahamkan, kawasan lain juga mencatatkan penurunan IPU pada petang tadi. Syabas kalian atas doanya, dan terima kasih Allah atas rahmat pemberianMu.

Walaupun entry kali ini sekadar berita sensasi hiburan sendiri, tahniah pengarang sebab berjaya menerbitkan satu entri. Lebih baik ada daripada tak ada langsung. *tepuk bahu sendiri






2 comments:

  1. semenjak panas memanjang nih, memang haba dalam bilik terasa betul panas dia. even lah waktu malam .

    ReplyDelete
  2. jerebu pun tak kurang-kurang lagi nih.

    ReplyDelete