Assalamualaikum. Hai hai hai.
Saja nak update pasal majlis kahwin lagi. Seronok tengok orang kahwin. Bahagia dan gembira menjadi RAJA SEHARI, diarak beramai-ramai dan dilayan bagaikan VVVVVIP! Pakaian pulak pakaian yang paling cantik kita pakai. Agaknya masa kahwin je lah kita pakai cecantik cenggitu. Ye dak?
Kami balik kampung berempat je. Ramai pulak yang terkejut bila bagitau abah tak ikut sekali dan yang bawak 'Jaguar' tu, adalah saya. Tak padan dengan kecik bawak kereta jauh-jauh. Hari Sabtu 22 Mac 2014 tu la kami bertolak balik. Kami keluar awal sikit sebab kereta tak sempat basuh. Kotor. Huhu. Nasib kami baik car wash yang selalu kami pergi tu dia buka awal dalam pukul 8.30. Sebenarnya, jiran kami pun ada kenduri kahwin jugak. Agak-agakla semua nak ikut balik kampung sekali kan?
Hari yang sama juga ada majlis kat rumah isteri Pakcik Zuan, Makcik Zaharah kat Padang Rengas. Tak sempat nak pergi. Sampai di rumah opah pun dah petang. Bukan jauh sangat pun, dari Selangor je. Hehehehe. Disebabkan berhenti lama sangat kat RnR tula yang melambatkan perjalanan. T_T. Jadi, kami cuma pergi ke majlis Pakcik Zuan je pada Ahad 23 Mac. Oppsss. Hari yang sama pilihan raya kecil Kajang N25. Datin Wan Azizah menang. Tetttttt. Sambung cerita tadi.
Nak belanja banyak gambar ni. Harapnya kau orang semua kenyang siap keluar bluuuurrrrrpppppp. Jom, layannnnnnzzzz.
|
Masa kat rumah pengantin perempuan di Padang Rengas. Kredit to Paksu Peli dan fotografer. |
|
Jemput datang di Kampung Nibong, Perak... Hihihi. |
|
Bunga atas tu lawa tau. Macam diperbuat daripada tanah liat plasticine tu. |
|
Pengantin mai daaaahhh. Sampai sampai je terus serbu meja makan. Hahaha. Lapar sangat nampaknya. |
|
Muka gembira makanan dah ada depan mata. |
|
Sila sila. Jangan malu jangan segan. Nanti kempunan.
Sementara tunggu pengantin habis makan, apa lagi, memang bergambar je la kerja kita orang. Jom jom.
|
|
Bawah tu ada Naufal dengan Afiq. |
|
Bila pengantin masuk pelamin. |
|
Salah satu gaya yang diarah oleh Mak Andak, pengarah pelamin. Hihihi. |
|
Mak Long Rohaya, Mak Andak and the geng. |
|
Pak Teh Yusri, Mak Teh Nurul, Pak Su Peli. Kat bawah mak dengan adik. Adik lagi sorang tak nak interframe. |
|
Kek ni tak dapat merasa. Malam baru makan tapi dah balik rumah opah. T_T |
Dah. Cukup. Ni gambar masa photoshoot kat bendang. Tak pernah tau kami adik-beradik jejak tanah sawah. Rasanya padi tengah berbuah tu. Agaknyala.
|
Ini memang excited. Sebelum photoshoot pengantin bermula, buat photoshoot untuk diri sendiri dulu. |
|
Siti dan Ziera dari kanan. |
|
Inilah model sawah paling dikehendaki pada hari tu. Hihihihi. |
|
Lompat! Gaya yang tak asing lagi. Credit to Pak Su Peli dan fotografer. |
|
Cak! Credit to Pak Su Peli dan fotografer. |
|
Kami tak nak bagi Mak Cik pergi kat Pak Cik Zuan. Makanya, Mak Cik telah ditarik oleh kami. Credit to Pak Su Peli dan fotografer. |
|
Ini betul-betul cinta terhalang ni. Bukan. Cinta dihalang. Credit to Pak Su Peli dan fotografer. |
Mengelamun sorang-sorang best jugak kat sawah bendang ni kan? Layaaaannn.
Habis cerita kahwin. Lepas ni saya kahwin. :p Selasa 25 Mac pulak Pak Su Peli bertunang dengan orang Kedah. Tak berani nak bawak 'Jaguar' tu jauh-jauh. Sepatutnya pun 22 Mac tu ada sepupu kahwin. Tapi disebabkan majlis tu kat Kedah, pergi kenduri Pak Cik Zuan je lah.
Balik ke rumah opah je, dah petang. Balik bawa bekal nasi dan lauk kenduri. Masak lemak pisang, daging masak hitam sangat-sangat sedap! Tukang masaknya ialah keluarga dia orang sendiri dengan sedara-mara yang lainlah. Jimat kos sikit. Mak pun cakap masak lemak pisang tu sedap. Kan betul sedap.
Esoknya kami keluar lagi. Buat surprise visit to rumah Tok Teh di Kampung Senduk. Dekat je dengan rumah opah kat Kampung Berchat tu. Lepas tu ke rumah Mak Teh Shinah. Rugi pulak tak bagitau awal-awal nak datang rumah Mak Teh. Kalau tak boleh mintak congo bar. T_T Kepingin itu congo bar Mak Teh dan anak daranya buat. Perfecto delicious!
Ha! Teringat buah ni. Ada buah ni tau, manis dan sedap rasanya. Kalau warnanya masih merah, rasanya masam sangat. Warna gelap nak kehitaman tu rasanya sedap dan manis. Tapi tak tahu pulak gerangan nama buah ni. Siap bawa balik pokok nak tanam kat rumah tapi tapi, wallahua'lam, sihat lagi ke tak tu. Layu je tengok. Huwaaaaaaaaa. Eh. Duduk kat rumah teres ni depan belakang kiri kanan ada rumah. Nak berbakti ke tanah pun tak dapat. Pasulah penyelamatnya.
|
Ada sapa-sapa tau nama buah ni? |
Selain pokok buah misteri ni, ada lagi pokok yang kami bawa balik siap dengan pasu sekali. Hamek kau. Opah pun bagi lampu hijau. Rembat je lah. Nama pokok tak tau dan gambarnya pun tak ada. Huhu. Lagi satu pokok kaki lipan or something like thatla.
|
Pokok bunga ni pun namanya tak tahu. Ni pun ada bawak balik juga. Masih status anak pokok lagi yang kami bawa balik tu. |
Okeylah. Itu saja nak habaq mai time cuti sekolah hari tu. Terpanjang pulak entri ni. Pastikan kau orang dah kenyang dan komen, baru boleh blah.
0 comments:
Post a Comment