Perhatian: Blog ini menggunakan bahasa rojak, bahasa pasar. Bahasa alien akan cuba dielakkan.

Friday

Saya Tampar KJ Macam Buaya, Baru Dia Tahu - Raja Bomoh

Friday, March 14, 2014 Posted by Unknown No comments


Assalamualaikum. Hai hai hai!

Hari ni kan, gempar betul di Twitter orang sibukkan gerangan raja bomoh tikar terbang, Ibrahim Md Zin. Ada ke patut dia cabar KJ letak jawatan gara-gara KJ menyelar tindakan bomoh tu? Siap offer nak tampo KJ hah! Nak saman 100 juta. Wow! Emm. Masalahnya siapa yang gila, siapa yang sampah masyarakat? Tengok video ritual tu pun ku dah tergelak. Kahkahkahkah!


Wednesday

Malaysian Career and Training Fair 2014, Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur

Wednesday, March 12, 2014 Posted by Unknown 2 comments
Assalamualaikum w.b.t. Hello!

Hanya nak berkongsi SEDIKIT gambar dan pengalaman semasa di MCTF 2014 pada 7 Mac. Hari Jumaat dan hari pertama. Berkunjung ke sana dengan adik, hanya berdua. Perjalanan pergi minyak tak diisi. Mencari parking makan masa. Ke sana sini. Keluar Mid Valley, masuk The Garden. Jalan sesak sebab ramai yang nak datang ke MTCF. Minyak akhirnya berkurangan, dua-dua menggelabah. Kerana tak pasti sama ada minyak yang tinggal cukup atau tak untuk perjalanan balik mencari stesen minyak.

Untuk daftar masuk, sebaiknya daftar secara online dan kita orang dah siap daftar awal-awal. Jadi tak buang masa. Di kaunter kau orang akan dapat bangle sebagai tanda. Semacam nak masuk Sunway Lagoon tu. Supaya nanti tak sesat dan senang untuk pencari kerja mencari syarikat yang digemari. Peta pun diberikan. Yang ni semacam traveller.

Ada banyak syarikat yang join. Antaranya Top Glove, Titan, IBM, Jabatan Tenaga Kerja, dan banyak lagi. Sebaiknya bawala resume banyak-banyak. Sebelum datang, aim dulu nak pergi syarikat mana. Supaya tak membazir masa. Alang-alang dah tanya kerja apa yang available, jangan lupa tanya ada free gift tak? :p Jom layan gambar sikit.

Jemput masuk.
Free admission. No fees. Hanya perlu sediakan tambang minyak dan makan.
"Kak, saya sedang bercakap ni kak," keluh miss itu.
Go go power rangers!
Booth Jobstreet
Zon warna apa tak ingat tapi bahagian kewangan, pelaburan.
Daku di Sepanyol. Ah. Menipu sangat.

Adik dan si Bunting.

Akan datang, Malaysia's Best Post Graduate Fair.
Oh. Sikit sangat gambar yang snap hari tu. Sigh. Itu namanya fokus semasa pencarian. Tiba-tiba, hari pun dah petang dan baru teringat nak cari jalan balik rumah. Langkah kaki pun menuju ke kawasan parking di Mid Valley. Tapi hampeh. Salah tempat. Rupanya kereta sudah menapak di parking Zon U di The Garden. The Garden dan Mid Valley tak bersambung ye? Kutuk diri sendiri tak alert masa masuk. 

Masalah lain yang tadi dilupakan kini menjelma semula. Minyak! Minyak! Minyak! Ah! Kelibat stesen minyak tak kelihatan langsung! Kerisauan dah melanda sehingga ke tahap kritikal dah. Penyudahnya, kereta hanya menjalar perlahan saja. Pedulikan kereta besar-besar yang nak potong. Potonglah. Bila kereta dah kenyang minyak nanti daku potong balik. Muahahahaha. Tapi tak buat pun. Saya pemandu cermat! *angkat kening sebelah macam Ziana Zain. Sebut "cermat hek?"

Dan mereka pun bahagia selama-lamanya. Good ending.














Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

Wednesday, March 12, 2014 Posted by Unknown 6 comments
Assalamualaikum w.b.t. Selamat pagi! Dah breakfast belum? Ke tunggu brunch? Kekekekeke.

Nak join giveaway tak? Caranya mudah saja. Semudah menyumbat makanan ke dalam mulut!

  1. Pergi ke blog Zamani 84 -----> sudah
  2. Baca entri Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe -----> sudah
  3. Buat entri sendiri tentang giveaway tu ----->sudah

Inilah power bank yang dimaksudkan. Cepat-cepat, sebelum terlambat! Tarikh tutup tak ada lagi nih tapi harapnya kau orang sempatla join. 

Ini giveaway kedua. Disebabkan masih sikit giveaway yang join, makanya, senangla nak khabarkan berapa giveaway yang dah join. Walaupun kita mengharapkan tuah dan nasib berpihak kepada kita, namun, semuanya sudah ditentukan olehNya. Nak meroyan carik-carik baju sebab tak menang, orang kata gila pulak. 

4) Tinggalkan link entri kamu semua di blog Zamani 84 ----->sudah

Sudah cukup-cukup sudah....
Cukup sampai di sini saja....

Sunday

Ke Mana Perginya Pesawat Malaysia Airlines MH370? #PrayForMH370

Sunday, March 09, 2014 Posted by Unknown , , 2 comments
Assalamualaikum w.b.t. Hello!

Saya runsing! Runsing memikirkan gerangan pesawat Boeing 777 : Malaysia Airlines MH370 KL-Beijing yang masih lagi misteri tentang kehilangannya ketika ini (boleh ke kata hilang terhempas?). MH370 yang berlepas daripada KLIA untuk ke Beijing sepatutnya tiba di China pada pukul 6 setengah pagi pada Sabtu 8 Mac 2014. Ni dah Ahad. Belum terbongkar lagi misteri ni. Menurut sumber yang boleh dipercayai, jumlah penumpang kesemuanya 227 orang termasuk 3 orang bayi dan anak kapal. Penumpang Malaysia seramai 38 orang, warga China 153 orang dan selebihnya pelancong asing.

Berikut adalah kronologi atau turutan peristiwa pada 8 Mac 2014 :

  • 12:41 pagi : Pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 berlepas dari Kuala Lumpur Sabtu & dijangka mendarat di lapangan terbang Beijing pukul 6:30 pagi tadi
  • 2:30 pagi : Malaysia Airlines melalui pesawat MAS KL – Bejing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang
  • 7:25 pagi : Malaysia Airlines (MAS) mengeluarkan kenyataan media, pasukan menyelamat digerakkan
  • 10:15 pagi : Malaysia Airlines (MAS) menafikan kapal terbang pesawat MH370 selamat mendarat di Nanming, China (Kenyataan Media Kedua MAS):
  • 10:30 pagi : Satu mesyuarat tergempar oleh pihak MAS diadakan bersama agensi penyelamat yang lain.
  • 10:40 pagi : TUDM menghantar pasukan mencari dan menyelamat tragedi pesawat MAS hilang
  • 11.00 pagi : Senarai nama Crew MAS MH370 didedahkan yang mana termasuk Fariq Abdul Hamid (pembantu juruterbang pesawat MAS MH370) dan Kapten Zaharie Ahmad Shah yang berusia 53 tahun
  • 11.05 pagi : MAS Hubungi ahli keluarga penumpang
  • 11.30 pagi  : Senarai jumlah penumpang pesawat MAS KL Beijing mengikut negara yang dikeluarkan oleh MAS:
  • 12.45 tengah hari : Media Vietnam melaporkan Pesawat MH370 terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc! Laporan Yahoo Singapore.
  • 1.15 Tengah Hari : Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak mengarahkan agensi penyelamat melakukan segala apa yang terdaya untuk mengesan pesawat MH370
  • 2.00 Petang  : 62 Senarai penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang berjaya diperolehi setakat ini
Jom kita tengok sikit apa kata pakar pasal hal tergempar ni :

1) David Learmount (Pendapat Pakar Penerbangan)

  • Berpendapat spekulasi “bom” sebagai punca kapal terbang Malaysia Airlines MAS MH370 hilang terhempas 
  • David Learmount merasa pelik apabila juruterbang MAS (Malaysia Airlines MH370) gagal membuat panggilan kerana mereka mempunyai banyak masa untuk itu, kecuali terdapat bom di dalam kapal terbang Malaysia Airlines MAS MH370 tetapi bukti itu tiada
  • David Learmount turut memberikan persamaan kejadian yang berlaku kepada kapal terbang Airbus A330-203 milik Air France AF477 yang terhempas di perairan atlantik pada tahun 2009, dimana telah mengorbankan 216 penumpang dan anak kapal 12, termasuk lima rakyat Britain.
  • Kapal terbang itu terhempas apabila juruterbang hilang kawalan selepas kristal ais menjejaskan sensor yang digunakan untuk mengukur kelajuan pesawat
  • Kapal terbang Malaysia Airlines MAS MH370 adalah moden dibina dengan cantik dan sangat selamat. Jika enjin gagal berfungsi disebabkan gangguan kepada aliran bahan api, kapal terbang Malaysia Airlines itu tetap boleh meluncur tanpa sebarang masalah sekalipun selama kira-kira 40 minit pada ketinggian itu.
  • Walaubagaimanapun, keadaan prestasi juruterbang Malaysia Airlines MAS MH370 (SIAPA DIA, KLIK) pada ketika itu juga mungkin menjadi punca kapal terbang MAS hilang terhempas. Di antara tengah malam dan 2 pagi anda tidak berada dalam prestasi dimana mental atau fizikal anda yang terbaik, anda pada tahap prestasi yang paling rendah dalam kitaran 24 jam.”
  • David Learmount juga tidak menolak kemungkinan kegagalan menemui kapal terbang Malaysia Airlines MAS MH370 itu dalam masa terdekat. David Learmount berkata demikian apabila mengambil kira sejarah pesawat Air France 447 yang terhempas pada 2009 namun ditemui pada 2011, selepas dua tahun operasi mencari dan menyelamat.
2) Richard Quest (Pendapat Pakar Bidang Penerbangan CNN)
Malaysia Airlines MH370
  • Penerbangan tersebut seharusnya selamat dan tidak sepatutnya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Sesuatu telah berlaku ketika pembetulan kecil dilakukan juruterbang.
  • Dalam titik tertentu penerbangan, ini merupakan bahagian yang paling selamat (ketika selesai fasa take-off), tiada apa yang sepatutnya berlaku kepada pesawat itu. Pesawat berada pada ketinggian yang dikawal auto-pilot. Juruterbang membuat pembetulan kecil dan melakukan perubahan pada ketinggian apabila pesawat menggunakan lebih bahan api. Maka, pesawat akan pergi lebih tinggi dan lebih tinggi. Richard Quest berpendapat sesuatu yang sangat serius telah terjadi dalam penerbangan tersebut ketika fasa itu berlaku.”
  • Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS MH370 itu tidak dikategorikan lama, Malaysia mempunyai 15 buah Boeing 777-200s. Dan pesawat ini dikendalikan oleh operator (MAS) yang sangat berpengalaman. Mempunyai reputasi yang baik dan rekod keselamatan yang sangat bagus
  • Juruterbang boleh melaporkan sebarang kejadian walaupun punca kuasa pesawat tersebut gagal berfungsi.
  • Pesawat dengan pensijilan perlu mempunyai Bateri Back-up, ia sepatutnya membolehkan juruterbang menggunakan peralatan penerbangan tertentu dan alat komunikasi sehingga mampu menyempurnakan penerbangan itu dengan selamat.
  • Anda boleh hilang seluruh penjana, anda boleh kehilangan kuasa pada kedua-dua enjin, tetapi Bateri Back-up masih boleh digunakan dalam satu-satu situasi, terutama dalam kecemasan
  • Tidak menolak kemungkinan punca kemalangan Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS MH370 yang mungkin berlaku itu disebabkan tekanan rendah dalam kabin pesawat.
  • Jika anda mempunyai masalah tekanan udara altitud tinggi, penyahmampatan, masa kesedaran yang berguna (masa juruterbang boleh beroperasi dengan bekalan oksigen yang mencukupi) pada lingkungan 30,000-40,000 kaki hanyalah beberapa ketika
3) Kapten Jim Tilmon (bekas Juruterbang berpengalaman syarikat penerbangan America Airlines)

  • “Insiden itu tidak kedengaran baik” menurut kapten Jim Tilmon yang telah bersara daripada syarikat penerbangan America Airlines.
  • Kapten Jim Tilmon berpendapat komunikasi dengan pesawat sepatutnya tidak mudah terputus berikutan laluan daratan yang mempunyai banyak antena, radar dan radio.
4) Mary Schiavo (Bekas Jeneral dalam Jabatan Pengangkutan Jalan Amerika Syarikat)

  • Mary Schiavo merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku jika tiada sebarang komunikasi
  • Seorang lelaki warga Itali, Luigi Maraldi yang namanya disenaraikan sebagai penumpang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MAS MH370 yang dilaporkan hilang pada Sabtu, sebenarnya tidak menaiki pesawat itu.
  • Dilaporkan terdapat individu lain menggunakan pasport Maraldi untuk menaiki pesawat tersebut. Luigi Maraldi bagaimanapun masih hidup dan berada di Thailand untuk bercuti.
  • Akhbar harian London, Mirror melaporkan bahawa terdapat penumpang kedua yang berada di dalam penerbangan itu turut menggunakan pasport yang dicuri.
  • Pihak berkuasa Austria mengesahkan bahawa Christan Kozel “selamat dan berada dalam keadaan baik. “
  • Kozel memberitahu akhbar Austria, De Standard bahawa pasportnya telah dicuri ketika berkunjung ke Thailand dua tahun lalu.
  • Justeru, identiti dua penumpang ini menjadi tanda tanya yang cukup besar dan dikhuatiri menjadi punca Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS MH370 hilang tanpa sebarang panggilan kecemasan!
Yang dalam rawan pastinya ahli keluarga penumpang dan sanak-saudara. Tapi kami yang tak ada kaitan pun sama-sama berasa sedih dan turut terkesan. Di Facebook, Twitter atau di mana-mana sekalipun, hangat berita ni. Kalau tak amek tau, tak tau nak kata apa. 

Dalam kita berkongsi pandangan dan pendapat serta berita, tak terlepas akan wujud pandangan dan pendapat yang sinis dan berita yang memberi harapan palsu kepada keluarga terdekat penumpang. Sama ada terhempas atau tak, berpatah balik atau tak, semoga kita disuakan dengan berita gembira.

Ada lagi berita mengejutkan berkenaan dengan misteri kehilangan MH370 ni. Dua penumpang misteri dalam MH370 menggunakan pasport palsu! Salah satu daripada pasport tu milik seorang pelancong Itali, Luigi Maraldi yang sedang berjimba-jimba di Patong. Di Thailand, kalau nak sewa scooter pasport digunakan sebagai deposit. Datang pula seorang wanita  lain yang mengaku sebagai isteri kepada Maraldi, menebus pasport tu. Jadinya, hilang sudah pasportnya. Lagi satu pasport curi adalah milik warga Austria, Christian Kozel.
Sekarang ni, #PrayForMH370 banyak-banyak. Solat hajat pun sudah dijalankan. Perbanyakkan doa, doa dan doa.
Sebahagian sumber dipetik daripada beritasemasa.com.my. 
*tak berkenan dengan penggunaan ayat 'terhempas' sebab belum disahkan lagi sama ada terhempas atau tidak. 


Tuesday

Panas dan Jerebu serta Hujan : Musibah dan Nikmat

Tuesday, March 04, 2014 Posted by Unknown , , 2 comments
Assalamua'alaikum w.b.t. Hai hai!

Sejak dua menjak ni, cuaca di Malaysia sangat panas! Sapa kata tak panas dia bukan kat Malaysia. Kadang-kadang, baru keluar rumah sehari, malam tu dah mula rasa panas-panas badan. Sebenarnya, adik yang tingkatan satu dah kena demam atau orang gelarkan heat strok. Enam hari cuti sekolah! Seronok dalam kesakitan nampaknya beliau.

Dah panas melampau, tambah dengan jerebu, hujan pulak tak turun-turun menyimbah bumi. Betapa sengsaranya manusia dengan ujian Allah ni. Nak buat pembenihan awan, keadaan tak mengizinkan. Sering kali tertangguh.

Bila hujan turun saja, semua bersorak girang seraya mengucapkan Alhamdulillah. Tak lupa juga yang berlari-lari bermain air hujan sebagai tanda meraikan kegembiraan. Terdapat juga yang melakukan aksi 'Memori Daun Pisang'. Yang tak ada kerja nak buat, sambung bermimpi di siang hari.

Hujan kali ni mendedahkan bahawa siling di rumah terdapat banyak kebocoran. Banyak juga baldi dan periuk serta besen yang terpaksa dikeluarkan daripada tempat persembunyian. Khabarnya, hujan telah mula turun sejak tengah malam tadi. Akan tetapi, hujan tersebut seakan-akan malu untuk memuntahkan airnya sekali harung. Hujan lebat disahkan berhenti lebih kurang pukul 10 pagi. 

Akibat daripada hujan yang disambut baik oleh rakyat jelata, rata-rata ramai yang tidak merungut susah untuk ke tempat kerja akibat hujan. Ini kerana mereka sedang bermuhasabah diri dengan ujian yang telah diberikan. Jerebu pada hari ini juga telah berkurangan dan difahamkan, kawasan lain juga mencatatkan penurunan IPU pada petang tadi. Syabas kalian atas doanya, dan terima kasih Allah atas rahmat pemberianMu.

Walaupun entry kali ini sekadar berita sensasi hiburan sendiri, tahniah pengarang sebab berjaya menerbitkan satu entri. Lebih baik ada daripada tak ada langsung. *tepuk bahu sendiri






I Learn from You

Tuesday, February 25, 2014 Posted by Unknown , No comments
Assalamualaikum w.b.t.

Tengah pikir apa tu dek non?
Sebenarnya kan, bila tengok kereta ni asyik sakit je kan, tiba-tiba terasa nak belajar pasal kereta. Dalam erti kata lain ambil bidang automotiflah. (ke lokomotif?)

Senang bila kita dapat inspect problem kat kereta, kita sendiri yang tengok-tengokkan, kita sendiri yang belai-belai. Dapat tengok depan mata hari-hari walaupun dia tengah sakit.

Hari tu hantar bengkel pun masalah lain pulak timbul. Uncle tu tak buat shaft betul-betul kot (kata abah). Jadinya, time corner atau nak pusing habis stereng memang akan keluar bunyi. Kalau kereta yang bawa laju 110 km/j tiba-tiba tekan brek nak stop keluar bunyi apa? Haaaa. Bunyi tu la yang menakutkan.

By the way, I learn a lot from this car. Cayang kamuuuu. Mumuah!

Saturday

Brim 3.0 2014. Another short entry.

Saturday, February 22, 2014 Posted by Unknown No comments
Assalamualaikum w.b.t. Petang.

Kepada yang dah dapat duit brim, tahniah diucapkan. Kepada yang tak dapat tahun ni cuba lagi pada tahun akan datang. Undilah pihak yang terbabit. Kahkah. Hambarnya.

Memang short entry habis ni. Ciao.