Perhatian: Blog ini menggunakan bahasa rojak, bahasa pasar. Bahasa alien akan cuba dielakkan.

Sunday

Ke Mana Perginya Pesawat Malaysia Airlines MH370? #PrayForMH370

Sunday, March 09, 2014 Posted by Unknown , , 2 comments
Assalamualaikum w.b.t. Hello!

Saya runsing! Runsing memikirkan gerangan pesawat Boeing 777 : Malaysia Airlines MH370 KL-Beijing yang masih lagi misteri tentang kehilangannya ketika ini (boleh ke kata hilang terhempas?). MH370 yang berlepas daripada KLIA untuk ke Beijing sepatutnya tiba di China pada pukul 6 setengah pagi pada Sabtu 8 Mac 2014. Ni dah Ahad. Belum terbongkar lagi misteri ni. Menurut sumber yang boleh dipercayai, jumlah penumpang kesemuanya 227 orang termasuk 3 orang bayi dan anak kapal. Penumpang Malaysia seramai 38 orang, warga China 153 orang dan selebihnya pelancong asing.

Berikut adalah kronologi atau turutan peristiwa pada 8 Mac 2014 :

  • 12:41 pagi : Pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 berlepas dari Kuala Lumpur Sabtu & dijangka mendarat di lapangan terbang Beijing pukul 6:30 pagi tadi
  • 2:30 pagi : Malaysia Airlines melalui pesawat MAS KL – Bejing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang
  • 7:25 pagi : Malaysia Airlines (MAS) mengeluarkan kenyataan media, pasukan menyelamat digerakkan
  • 10:15 pagi : Malaysia Airlines (MAS) menafikan kapal terbang pesawat MH370 selamat mendarat di Nanming, China (Kenyataan Media Kedua MAS):
  • 10:30 pagi : Satu mesyuarat tergempar oleh pihak MAS diadakan bersama agensi penyelamat yang lain.
  • 10:40 pagi : TUDM menghantar pasukan mencari dan menyelamat tragedi pesawat MAS hilang
  • 11.00 pagi : Senarai nama Crew MAS MH370 didedahkan yang mana termasuk Fariq Abdul Hamid (pembantu juruterbang pesawat MAS MH370) dan Kapten Zaharie Ahmad Shah yang berusia 53 tahun
  • 11.05 pagi : MAS Hubungi ahli keluarga penumpang
  • 11.30 pagi  : Senarai jumlah penumpang pesawat MAS KL Beijing mengikut negara yang dikeluarkan oleh MAS:
  • 12.45 tengah hari : Media Vietnam melaporkan Pesawat MH370 terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc! Laporan Yahoo Singapore.
  • 1.15 Tengah Hari : Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak mengarahkan agensi penyelamat melakukan segala apa yang terdaya untuk mengesan pesawat MH370
  • 2.00 Petang  : 62 Senarai penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang berjaya diperolehi setakat ini
Jom kita tengok sikit apa kata pakar pasal hal tergempar ni :

1) David Learmount (Pendapat Pakar Penerbangan)

  • Berpendapat spekulasi “bom” sebagai punca kapal terbang Malaysia Airlines MAS MH370 hilang terhempas 
  • David Learmount merasa pelik apabila juruterbang MAS (Malaysia Airlines MH370) gagal membuat panggilan kerana mereka mempunyai banyak masa untuk itu, kecuali terdapat bom di dalam kapal terbang Malaysia Airlines MAS MH370 tetapi bukti itu tiada
  • David Learmount turut memberikan persamaan kejadian yang berlaku kepada kapal terbang Airbus A330-203 milik Air France AF477 yang terhempas di perairan atlantik pada tahun 2009, dimana telah mengorbankan 216 penumpang dan anak kapal 12, termasuk lima rakyat Britain.
  • Kapal terbang itu terhempas apabila juruterbang hilang kawalan selepas kristal ais menjejaskan sensor yang digunakan untuk mengukur kelajuan pesawat
  • Kapal terbang Malaysia Airlines MAS MH370 adalah moden dibina dengan cantik dan sangat selamat. Jika enjin gagal berfungsi disebabkan gangguan kepada aliran bahan api, kapal terbang Malaysia Airlines itu tetap boleh meluncur tanpa sebarang masalah sekalipun selama kira-kira 40 minit pada ketinggian itu.
  • Walaubagaimanapun, keadaan prestasi juruterbang Malaysia Airlines MAS MH370 (SIAPA DIA, KLIK) pada ketika itu juga mungkin menjadi punca kapal terbang MAS hilang terhempas. Di antara tengah malam dan 2 pagi anda tidak berada dalam prestasi dimana mental atau fizikal anda yang terbaik, anda pada tahap prestasi yang paling rendah dalam kitaran 24 jam.”
  • David Learmount juga tidak menolak kemungkinan kegagalan menemui kapal terbang Malaysia Airlines MAS MH370 itu dalam masa terdekat. David Learmount berkata demikian apabila mengambil kira sejarah pesawat Air France 447 yang terhempas pada 2009 namun ditemui pada 2011, selepas dua tahun operasi mencari dan menyelamat.
2) Richard Quest (Pendapat Pakar Bidang Penerbangan CNN)
Malaysia Airlines MH370
  • Penerbangan tersebut seharusnya selamat dan tidak sepatutnya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Sesuatu telah berlaku ketika pembetulan kecil dilakukan juruterbang.
  • Dalam titik tertentu penerbangan, ini merupakan bahagian yang paling selamat (ketika selesai fasa take-off), tiada apa yang sepatutnya berlaku kepada pesawat itu. Pesawat berada pada ketinggian yang dikawal auto-pilot. Juruterbang membuat pembetulan kecil dan melakukan perubahan pada ketinggian apabila pesawat menggunakan lebih bahan api. Maka, pesawat akan pergi lebih tinggi dan lebih tinggi. Richard Quest berpendapat sesuatu yang sangat serius telah terjadi dalam penerbangan tersebut ketika fasa itu berlaku.”
  • Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS MH370 itu tidak dikategorikan lama, Malaysia mempunyai 15 buah Boeing 777-200s. Dan pesawat ini dikendalikan oleh operator (MAS) yang sangat berpengalaman. Mempunyai reputasi yang baik dan rekod keselamatan yang sangat bagus
  • Juruterbang boleh melaporkan sebarang kejadian walaupun punca kuasa pesawat tersebut gagal berfungsi.
  • Pesawat dengan pensijilan perlu mempunyai Bateri Back-up, ia sepatutnya membolehkan juruterbang menggunakan peralatan penerbangan tertentu dan alat komunikasi sehingga mampu menyempurnakan penerbangan itu dengan selamat.
  • Anda boleh hilang seluruh penjana, anda boleh kehilangan kuasa pada kedua-dua enjin, tetapi Bateri Back-up masih boleh digunakan dalam satu-satu situasi, terutama dalam kecemasan
  • Tidak menolak kemungkinan punca kemalangan Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS MH370 yang mungkin berlaku itu disebabkan tekanan rendah dalam kabin pesawat.
  • Jika anda mempunyai masalah tekanan udara altitud tinggi, penyahmampatan, masa kesedaran yang berguna (masa juruterbang boleh beroperasi dengan bekalan oksigen yang mencukupi) pada lingkungan 30,000-40,000 kaki hanyalah beberapa ketika
3) Kapten Jim Tilmon (bekas Juruterbang berpengalaman syarikat penerbangan America Airlines)

  • Insiden itu tidak kedengaran baik” menurut kapten Jim Tilmon yang telah bersara daripada syarikat penerbangan America Airlines.
  • Kapten Jim Tilmon berpendapat komunikasi dengan pesawat sepatutnya tidak mudah terputus berikutan laluan daratan yang mempunyai banyak antena, radar dan radio.
4) Mary Schiavo (Bekas Jeneral dalam Jabatan Pengangkutan Jalan Amerika Syarikat)

  • Mary Schiavo merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku jika tiada sebarang komunikasi
  • Seorang lelaki warga Itali, Luigi Maraldi yang namanya disenaraikan sebagai penumpang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MAS MH370 yang dilaporkan hilang pada Sabtu, sebenarnya tidak menaiki pesawat itu.
  • Dilaporkan terdapat individu lain menggunakan pasport Maraldi untuk menaiki pesawat tersebut. Luigi Maraldi bagaimanapun masih hidup dan berada di Thailand untuk bercuti.
  • Akhbar harian London, Mirror melaporkan bahawa terdapat penumpang kedua yang berada di dalam penerbangan itu turut menggunakan pasport yang dicuri.
  • Pihak berkuasa Austria mengesahkan bahawa Christan Kozel “selamat dan berada dalam keadaan baik. “
  • Kozel memberitahu akhbar Austria, De Standard bahawa pasportnya telah dicuri ketika berkunjung ke Thailand dua tahun lalu.
  • Justeru, identiti dua penumpang ini menjadi tanda tanya yang cukup besar dan dikhuatiri menjadi punca Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS MH370 hilang tanpa sebarang panggilan kecemasan!
Yang dalam rawan pastinya ahli keluarga penumpang dan sanak-saudara. Tapi kami yang tak ada kaitan pun sama-sama berasa sedih dan turut terkesan. Di Facebook, Twitter atau di mana-mana sekalipun, hangat berita ni. Kalau tak amek tau, tak tau nak kata apa. 

Dalam kita berkongsi pandangan dan pendapat serta berita, tak terlepas akan wujud pandangan dan pendapat yang sinis dan berita yang memberi harapan palsu kepada keluarga terdekat penumpang. Sama ada terhempas atau tak, berpatah balik atau tak, semoga kita disuakan dengan berita gembira.

Ada lagi berita mengejutkan berkenaan dengan misteri kehilangan MH370 ni. Dua penumpang misteri dalam MH370 menggunakan pasport palsu! Salah satu daripada pasport tu milik seorang pelancong Itali, Luigi Maraldi yang sedang berjimba-jimba di Patong. Di Thailand, kalau nak sewa scooter pasport digunakan sebagai deposit. Datang pula seorang wanita  lain yang mengaku sebagai isteri kepada Maraldi, menebus pasport tu. Jadinya, hilang sudah pasportnya. Lagi satu pasport curi adalah milik warga Austria, Christian Kozel.
Sekarang ni, #PrayForMH370 banyak-banyak. Solat hajat pun sudah dijalankan. Perbanyakkan doa, doa dan doa.
Sebahagian sumber dipetik daripada beritasemasa.com.my
*tak berkenan dengan penggunaan ayat 'terhempas' sebab belum disahkan lagi sama ada terhempas atau tidak. 


2 comments:

  1. Pray For them, is the best way :)

    ReplyDelete
  2. 6th day. Dah nak seminggu SAR. Hope to hear good news.

    ReplyDelete